• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 25, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian: Econpile Raih Kontrak Terbesar Sejak 2023 [14 Julai 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Saham Kajian: Econpile Raih Kontrak Terbesar Sejak 2023 [14 Julai 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Saranan BELI kekal
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM0.48 daripada RM0.42
  • Potensi kenaikan harga saham 26%

Econpile Holdings mengumumkan tawaran kerja kedua yang ia raih untuk FY26 (Jun) dan tawaran ketiga dalam masa dua minggu. ECONBHD menerima tawaran kontrak bernilai RM98 juta daripada Eastmont untuk menjalankan kerja pembinaan cerucuk gerek untuk Blok C dan D, pembinaan ruang bawah tanah untuk Blok C, dan kerja pembinaan tukup cerucuk untuk Blok D dalam pembangunan perindustrian yang diusulkan di Kapar, Klang. Kerja ini merupakan tawaran kontrak terbesar yang diterima oleh ECONBHD sejak Okt 2023.

Dengan kebanyakan kontrak ECONBHD melibatkan kerja pembangunan hartanah, tawaran kerja terkini ini menandakan kembalinya syarikat ini dalam ruang bangunan perindustrian. Projek tersebut dijangka siap dalam 13 bulan mulai Julai. Kali terakhir ECONBHD meraih kerja berkaitan bangunan perindustrian adalah pada Apr 2022, iaitu sebuah kontrak bernilai RM23 juta daripada CJ Synergy Solutions untuk membina bangunan perindustrian lima tingkat di Seksyen 20, Petaling Jaya.

  • Buku pesanan FY26

Mengikut anggaran kami, buku pesanan belum bayar terkini ECONBHD mencecah kira-kira RM570 juta, manakala tawaran kerja baharu dari FY26 sehingga kini
mencapai RM125 juta (nota: FY ini baru sahaja memasuki bulan pertama) berbanding sasaran tawaran kerja sepenuh tahun kami sebanyak RM600 juta. Kali terakhir buku pesanan belum bayarnya melebihi paras RM500 juta adalah semasa 3QFY22 (atau akhir 1QCY22) pada RM550 juta. Buku tender kumpulan ini pula mencecah sekitar RM1 bilion, yang merangkumi kerja-kerja sektor swasta dan awam. Faktor yang berpotensi menaikkan nilai saham ialah kelulusan projek Rangkaian Sungai Klang yang diterima lebih cepat daripada yang dijangka (bernilai RM300-500 juta untuk kerja membina cerucuk). Dari segi keberuntungan, kami menjangka margin untung kasar (GP) untuk kerja terbaru ini adalah antara 5% dan 8%.

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami kerana tawaran kerja terbaharu ini termasuk dalam sasaran penambahan kerja untuk FY26. Namun begitu, kami mengambil peluang ini untuk memberikan P/BV sasar lebih tinggi sebanyak 2.1x daripada 1.9x sebelum ini bagi mengambil kira kerja pembinaan cerucuk yang kerap ditawarkan. Dengan itu, kami memperoleh TP baharu bernilai RM0.48, dengan kiraan diskaun ESG 6% disebabkan oleh markah 2.7 berbanding markah median negara 3.0. P/BV sasar ini, iaitu sekitar +0.5SD daripada purata lima tahunnya, masih wajar diberi kerana ia mencerminkan peranan ECONBHD sebagai subkontraktor untuk projek-projek bernilai besar seperti Transit Aliran Massa 2 (RM180 juta) dan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 (RM208.7 juta). Faktor positif tambahan mungkin timbul daripada tawaran pakej-pakej lebih baharu untuk ECONBHD daripada kerja pembinaan prasarana bermargin tinggi seperti LRT atau Transit Laju Autonomi Bertingkat Johor Bahru yang bakal dibina.

Meskipun ramalan FY25F-27F kami mencerminkan pertumbuhan berbanding rugi bersih yang dicatat pada FY22-24, unjuran kami masih belum mencapai paras yang dicatat pada FY18, apabila perolehan teras mencecah MYR87j. Maka, hal ini mewajarkan kami untuk terus menggunakan kaedah penilaian P/BV buat ECON.

Kami tetap memandang positif akan rekod prestasi kumpulan ini dalam kerja prasarana berbanding kontraktor cerucuk lain – di samping penilaian yang rendah, memandangkan nilai P/BV FY26F saham ini sebanyak 1.6x ialah -0.5SD daripada purata 10 tahunnya.

  • Risiko negatif:
    • Pelaksanaan projek prasarana mega yang lebih perlahan daripada yang dijangka
    • Harga bahan tidak menentu.

  • Profil Syarikat

Econpile ialah pakar pembina cerucuk dan asas bangunan di Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan kerja-kerja pembinaan cerucuk dan asas bangunan, yang termasuk sistem penahan tanah, kerja-kerja tanah, kerja pembinaan aras bawah tanah dan substruktur. Syarikat ini menawarkan semua jenis cerucuk (cerucuk gerek, cerucuk terpacu, dan cerucuk tusukan) dan kerja-kerja pembinaan asas bangunan.

Penganalisis:
Adam Bin Mohamed Rahim ([email protected])

Baca laporan penuh: Econpile Holdings : Gelombang Kukuh Untuk Kontrak Cerucuk (14 Jul 2025)

Laporan Sebelumnya: Econpile Holdings : Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang; Kekal BELI (6 Jun 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Econpile Holdings : Welcome To The Piling Parade; BUY (14 Jul 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY


Tags: Bursa MalaysiaEconpileFBM KLCIkontrak
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In