• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

in Catalyst
A A
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai, 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.

Pihak syarikat merayu supaya tarikh akhir itu dilanjutkan sehingga 31 Dis, 2025, menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keputusan untuk nyahsenarai sekuriti syarikat daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) adalah selaras dengan perenggan 8.04 Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama, tambah kenyataan itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Sekuriti syarikat akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities selepas tamat dua hari dagangan bermula daripada tarikh hari ini, iaitu pada 15 Julai, 2025,” menurut kenyataan itu.

Sekuriti tersebut akan dikeluarkan daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository) oleh Sarawak Cable sebaik sahaja nyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities.

“Syarikat akan terus mengemas kini dan mengekalkan maklumat pemegang saham dalam daftar syarikat. Selepas nyahsenarai, syarikat akan terus wujud namun sebagai entiti yang tidak disenaraikan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Sarawak Cable akan meneruskan operasi dan perniagaannya serta pelaksanaan penstrukturan semula korporat, dan para pemegang saham masih boleh diberi ganjaran berdasarkan prestasi syarikat.

“Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut dan didagangkan di Bursa Securities. Kepentingan dan hak pemegang saham masih akan dilindungi mengikut Akta Syarikat 2016,” menurut kenyataan itu.

Sarawak Cable telah menimbulkan kriteria Nota Amalan 17 (PN17) pada 30 Sept, 2022 berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh juruaudit luarnya mengenai daya majunya untuk terus beroperasi, selepas beberapa institusi kewangan menggantung kemudahan kredit syarikat itu.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaBursa SecuritiesnyahsenaraiSarawak Cable
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In