- [9 Julai 2025] Saranan BELI kekal
- Harga sasar (TP) baharu mencecah RM4.30 daripada RM4.60
- Potensi kenaikan harga saham 15%
- Kadar hasil dividen sekitar 3% untuk FY26F (Jun)

- Profil Syarikat
IOI Corp merupakan pengeluar minyak sawit bersepadu besar danmempunyai kawasan perladangan minyak sawit di Malaysia dan Indonesia. Ia juga mengendalikan kemudahan pembuatan hiliran seperti kilang penapisan, loji oleokimia dan loji pembuatan lemak khusus.
Kami menjangkakan tahun 2026 akan menjadi tahun yang lebih seimbang secara asasnya, dengan harga minyak sawit mentah (CPO) lebih rendah YoY, namun adanya risiko geopolitik bermakna keadaan semakin tidak menentu. Kami merendahkan andaian harga CPO kami, tetapi menaikkan andaian PK untuk FY25-27. IOI Corp masih terkurang nilainya apabila diniagakan pada 17x FY26F, iaitu pada paras rendah dalam lingkungan syarikat pesaing antara 17-22x.
- Harga CPO turun
Harga CPO semerta telah menurun daripada RM4,600-4,800/tan pada 1Q25 kepada paras terendah sebanyak RM3,780 pada bulan Mei, dan seterusnya melantun semula kepada RM3,900-RM4,100 sekarang. Penurunan ini dipacu oleh faktor geopolitik, melihat pada tarif dagangan AS, peperangan, dan harga minyak mentah jatuh akibatnya. Semua perkara ini menyebabkan harga CPO dan minyak mentah menurun. Kami menekankan bahawa hubung kait antara harga CPO dengan harga minyak mentah melambung naik kepada 0.47 pada Apr 2025 daripada -0.6 pada 1Q25, dan kemudiannya meningkat lagi ke paras sekarang sebanyak 0.68, disebabkan oleh risiko geopolitik yang kian meruncing.

- Apakah hala tuju untuk harga CPO?
Kami menjangka harga CPO akan kekal turun naik memandangkan situasi geopolitik yang terus berubah-ubah. Namun begitu, secara asasnya, bekalan dan permintaan dunia berkemungkinan akan menjadi lebih seimbang pada 2026F apabila bekalan bertambah baik, manakala permintaan patut meningkat memandangkan harga yang dilihat lebih menarik.
Bekalan 17 campuran minyak dan lemak dijangka bertambah baik YoY pada 2026F, daripada pemulihan separa dalam bekalan minyak sawit, bunga matahari dan biji sawi, serta pertumbuhan kacang soya yang berterusan. Meskipun begitu, nisbah stok/penggunaan 17 campuran minyak dan lemak tetap dijangka akan kekal bawah paras purata 13.6%, pada 12.9% untuk Okt 2025F/Sep 2026F, walaupun ia menaik sedikit daripada 12.7% pada 2025F. Hal ini tidak memberi perlindungan yang banyak sekiranya bekalan atau permintaan menaik secara tiba-tiba dalam jangka dekat, lantas menaikkan risiko ketidaktentuan harga pada masa akan datang.
- Apakah kesannya terhadap perbandingan harga dan permintaan minyak sayuran?
Dengan menolak tepi faktor geopolitik, kami menjangka 2026F akan menyaksikan:
- i) Harga kacang soya yang lemah akibat bekalan yang terus kukuh pada 2026F;
- ii) harga SBO terus disokong pada paras tinggi, atas faktor permintaan lebih tinggi daripada campuran biobahan api AS yang lebih tinggi; iii) CPO akan terus diniagakan pada harga lebih rendah berbanding SBO dalam jangka sederhana (sekarang mencecah ASD217/tan lebih rendah); dan iv) permintaan daripada negara-negara yang peka harga seperti India, Pakistan, Bangladesh timbul kembali.
Kami memotong harga CPO kepada RM4,100/tan (daripada RM4,300) untuk 2025F dan kepada RM4,000 (daripada RM4,100) untuk 2026F dan 2027F; tetapi kami menaikkan harga PK kepada RM3,300/tan untuk 2025F (daripada RM2,800) dan kepada RM3,200 untuk 2026F dan 2027F (daripada RM2,600). Tambahan itu, kami juga mengemas kini andaian rasmi kami yang terkini untuk forex dan meminda ramalan sebanyak 1.5%, -2.3% dan -0.1% bagi FY25-27.
- Kekal BELI
Kami menaikkan markah ESG IOI kepada 3.1 (daripada 3.0), dan menganjakkan sasaran penilaian kami ke 2026, dan juga menurunkan sasaran P/E bagi bahagian perladangannya kepada 18x 2026F (daripada 20x 2025F), selepas mengemas kini purata semasanya. Hasilnya, TP kami direndahkan kepada MYR4.30
- Faktor pemacu utama
- i. Kenaikan harga CPO
- ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi
- iii. Tahap persaingan bahagian pemprosesan hilirannya yang semakin baik berbanding syarikat lain
- Risiko utama
- i. Penurunan harga CPO;
- ii. Risiko cuaca;
- iii. Kesan negatif akibat perubahan dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia.
Penganalisis
Hoe Lee Leng ([email protected])
Iftaar Hakim Rusli ([email protected])
Baca laporan penuh: IOI Corp : Saham Bermodal Besar Yang Terkurang Nilai; Kekal BELI (9 Jul 2025)
Laporan Sebelumnya: IOI Corp : Sumbangan Segmen Hiliran Menaik Secara QoQ (28 Mei 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: IOI Corp : Undervalued Big Cap; Keep BUY (9 Jul 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.




