• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada hari ini, sekali gus menamatkan penyusutan selama dua hari berturut-turut dan seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lebih positif.

Pada 9.05 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.96 mata atau 0.13 peratus kepada 1,532.10 daripada penutupan Selasa pada paras 1,530.14.

Indeks penanda aras berkenaan sebelum itu susut 1.14 mata kepada 1,529.0.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 142 berbanding 94 manakala 221 kaunter tidak berubah, 1,950 tidak didagangkan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 117.03 juta saham bernilai RM54.19 juta.

Pasaran tempatan juga menjejaki prestasi pasaran serantau dengan Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.09 peratus kepada 24,148.07, Indeks Straits Times Singapura meraih 0.13 peratus kepada 4,053.13, Kospi Korea Selatan menokok 0.09 peratus kepada 3,117.67 namun Nikkei 225 Jepun susut 0.11 peratus kepada 39,645.78.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, berkata sentimen kekal berhati-hati yang menyaksikan FBM KLCI hanya melepasi paras 1,530 pada julat kecil.

“Kami menjangkakan aktiviti jualan saham ini sekali lagi didorong oleh dana asing yang mula melepaskan pegangan sejak Isnin menjelang berakhirnya tempoh penangguhan tarif hari ini,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, beliau menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,520 hingga 1,530 di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan mengenai tarif.

CIMB Group mendahului saham wajaran tinggi dengan meraih enam sen kepada RM6.67, Sunway meningkat tujuh sen kepada RM4.82, YTL Corporation naik tiga sen kepada RM2.48 manakala anak syarikatnya, YTL Power, menokok dua sen kepada RM4.18.

Maybank sebaliknya susut dua sen kepada RM9.68 manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.33.

Bagi saham aktif, PCMK yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, meningkat 1.5 sen kepada 23.5 sen, Pharmaniaga naik satu sen kepada 15.5 sen, Auro menokok setengah sen kepada 17 sen manakala NEXG dan Borneo Oil kekal tidak berubah pada 43.5 sen dan setengah sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 22.28 mata kepada 11,490.42, Indeks FBMT 100 naik 22.62 mata kepada 11,260.53 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 26.29 mata kepada 11,458.73.

Selain itu, Indeks FBM 70 melonjak  69.25 mata kepada 16,607.15 manakala Indeks FBM ACE susut 2.84 mata kepada 4,469.50.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 5.91 mata kepada 17,619.43, Indeks Perladangan naik 2.89 mata kepada 7,431.81, Indeks Tenaga meningkat 1.61 mata kepada 735.15 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.16 mata kepada 153.91.

— BERNAMA


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten
Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In