• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, October 30, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

in Asas Saham, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM0.48 dikekalkan
  • Harga saham berpotensi menaik 14%
  • Kadar hasil dividen sekitar 1% untuk FY26F (Mac)

NexG Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Datasonic Group Bhd, menawarkan penyelesaian ICT termasuk perkhidmatan pemperibadian kad pintar, pengubahsuaian penyelesaian ICT kerajaan berskala besar, pengurusan projek dan perkhidmatan rundingan teknikal.

Kami memandang baik akan pelanjutan kontrak berkaitan pasport dan Mykad dan juga kontrak-kontrak perkhidmatan penyelenggaraan menyeluruh, daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mencecah nilai >RM45.5 juta buat NexG. Tawaran-tawaran kontrak ini sememang menepati jangkaan dan menjadi bukti tuntas kepada kemampuan kumpulan ini untuk menyempurnakan tanggungjawab pada perkhidmatan awam dalam pelbagai projek bermisi penting.

  • Satu lagi kontrak berjaya dilanjutkan untuk pembekalan penyelesaian ePasport

NexG telah menerima surat pelanjutan kontrak daripada KDN untuk membekalkan dokumen pasport Malaysia dan halaman biodata polikarbonat untuk tempoh lanjutan kontrak buat kali ke-empat. Pelanjutan ini berlangsung selama enam bulan dan berkuat kuasa dari 1 Dis 2025 ke 31 Mei 2026. Kami difahamkan bahawa cadangan untuk menyediakan penyelesaian pasport dengan versi lebih baik dan penggunaan sistem pencetakan baru masih lagi dipertimbangkan untuk kontrak berjangka lebih panjang.

  • Pelanjutan kontrak untuk pembekalan Mykad

NexG sudah menggarap satu lagi pelanjutan kontrak bagi membekalkan kad-kad belum diproses merangkumi MyKad, MyTentera, MyPOCA, dan barangan habis guna kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tempoh enam bulan mulai 1 Dis 2025 hingga 31 Mei 2026 dengan nilai kontrak siling ketiga tambahan sebanyak RM29.7 juta. Selain itu, kumpulan ini pada masa yang sama turut ditawarkan pelanjutan kontrak untuk menyelenggara pusat-pusat pemperibadian kad di JPN untuk tempoh selama 14 bulan mulai 1 Dis 2025 hingga 31 Jan 2027, dan perkara ini merupakan nilai kontrak siling tambahan yang kelima yang berjumlah RM15.9 juta.

  • Gambaran

Tawaran-tawaran kontrak ini menepati jangkaan penambahan kerja kami dan seharusnya dapat menyokong prospek perolehan NexG berikutan permintaan penyelesaian berkaitan kerajaan yang terus tinggi. Ketidaktentuan harga saham semasa rentetan daripada tiadanya pelanjutan kontrak berjangka panjang untuk kedua-dua penyelesaian berkaitan Mykad dan pasport, seharusnya mereda dengan lebih banyak lagi pelanjutan kontrak diterima.

  • Ramalan dan penarafan

Ramalan kami dikekalkan kerana tawaran-tawaran kontrak memenuhi jangkaan. TP kami ditetapkan pada paras RM0.48 dan pengiraan ini dibuat berdasarkan kiraan P/E yang sama sebanyak 20x untuk FY26F (pada purata lima tahun). Makluman: Diskaun ESG 4% dimasukkan dalam pengiraan TP kerana markah ESG 2.8 oleh NexG berada bawah paras purata negara 3.0 Kami terus menyukai kumpulan ini kerana kekuatan daya saingnya dalam penyelesaian kepakaran tujahannya, kadar pulangan hasil baik, penjanaan aliran tunai kukuh, dan wujudnya potensi kenaikan daripada projek baru yang menawarkan nilai menarik.

  • Risiko-risiko negatif utama:
    • Kos input lebih tinggi
    • Tempahan kerja lebih rendah daripada yang dijangka
    • Tiada pembaharuan kontrak
    • Perubahan dari segi dasar kerajaan
    • Kebimbangan berkaitan tadbir urus syarikat
  • Faktor pemacu utama
    • i. Tawaran kontrak utama
    • ii. Permintaan semakin tinggi untuk pelbagai penyelesaian yang ia tawarkan

Penganalisis
Lee Meng Horng ([email protected])

Baca laporan penuh: NexG : Lebih Banyak Pelanjutan Kontrak Diterima; Kekal BELI (8 Jul 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: NexG : Yet More Contract Extensions; Keep BUY (8 Jul 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY


Tags: DatasonicKad pengenalanKDNNexGpasport
Share219ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

3 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

3 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In