KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Subsidiari milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd telah memperoleh kontrak Tenaga Nasional Bhd bernilai RM29 juta untuk mengembangkan dua unit pengubah 132-kilovolt (KV) baharu di Estet Perindustrian Tanjung Langsat di Johor.
Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu akan berkuatkuasa mulai 3 Julai 2025, dengan tempoh siap 540 hari dari tarikh permulaan.
“Kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham yang diterbitkan dan pegangan saham para pemegang saham syarikat.
“Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham apabila kontrak dikuatkuasakan,” katanya.
— BERNAMA
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!
 
			 
		    




