• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Kerjaya Prospek [$KPPROP] 2 Julai 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Saham Kajian Hari Ini: Kerjaya Prospek [$KPPROP] 2 Julai 2025
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Pembelian Tanah Dengan Lebih Rancak
  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM2.80 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 35%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 6%
  • Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan.

Kerjaya Prospek (KPG) sudah mengemukakan cadangan untuk mengambil alih tiga bidang tanah berstatus pegangan bebas di Jalan Puchong di Kuala Lumpur menerusi tiga perjanjian jual beli (SPA) yang berasingan dengan nilai pertimbangan kumulatif sebanyak RM112.8 juta. Ia memasuki usaha sama (JV) dan perjanjian langganan dan pemegang saham dengan Aspen Vision Tanjung (AVT) untuk sama-sama membangunkan dua bidang tanah pegangan bebas seluas 4.5 ekar di Tanjung Bungah, Pulau Pinang kepada sebuah pembangunan serba guna yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan, bahagian kediaman, unit perniagaan, dan bangunan pejabat.

  • Butiran Pengambil Alihan Tanah di Jalan Puchong

Untuk perjanjian Jalan Puchong, tanah pertama seluas 3.9 ekar akan dibeli daripada Sunrise Bright City dengan nilai RM59.1 juta. Dua bidang tanah lain (1.7 dan 1.8 ekar) pula akan diambil alih daripada Top Up Properties dengan RM53.7 juta. Harga kira-kira RM350 bagi setiap ruang kaki persegi (kps) dianggap munasabah kerana urus niaga untuk kawasan sekeliling adalah antara RM300 dan RM417 untuk setiap kps. Tanah-tanah tersebut terletak di kawasan mapan dengan akses ke lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Persekutuan, dan Lebuh Raya Damansara-Puchong. Pengambilalihan ini dijadualkan selesai pada bulan September.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Usaha sama (JV) dengan Aspen Vision Tanjung (AVT)

JV dengan AVT akan menyaksikan penubuhan sebuah syarikat bertujuan khas bernama Tanjung Bungah Development (TBD) dengan 60% pegangan dimiliki oleh
anak syarikat KPG, manakala selebihnya dipegang oleh AVT. Tanah-tanah seluas 4.5 ekar berkenaan mencatat jumlah pertimbangan tunai RM117 juta merangkumi
RM105 juta dalam bentuk tunai dan RM12 juta melalui pertukaran unit-unit hartanah.

TBD akan membayar AVT dengan nilai keseluruhan RM60 juta (memandangkan AVT sudah membayar RM53 juta dan menampung kos sebelum pembangunan RM7 juta). RM4 juta daripada jumlah itu akan ditukarkan kepada modal saham AVT dalam TBD, dan RM56 juta akan diiktiraf sebagai bayaran awal. TBD juga akan bertanggungjawab ke atas baki bayaran tunai berjumlah RM52 juta melalui pinjaman bank dan/atau sumber dalaman. Perjanjian ini dijangkakan selesai menjelang bulan Disember.

KPG mungkin menggunakan simpanan tunai bersihnya berjumlah RM316.7 juta (setakat akhir 1Q25) untuk menyempurnakan pemeteraian perjanjian-perjanjian ini (di Pulau Pinang dan Jalan Puchong) yang mempunyai nilai pertimbangan keseluruhan mencecah RM224.8 juta. Mengambil kira perjanjian-perjanjian ini, bersama dengan pembangunan-pembangunan lain seperti Riyanis Ventures (di Seberang Perai Tengah) dan 49% pegangan dalam Aspen Vision Land (di Batu Kawan), kami menganggarkan bahawa KPG mempunyai tanah berkeluasan sekitar 83 ekar untuk dimajukan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mungkin mencapai sekurang-kurang RM7 bilion.

  • Harga Sasar (TP) RM2.80 Dikekalkan

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan sambil menunggu butiran lanjut (iaitu GDV) dan selesainya perjanjian berkenaan. Mengguna pakai kaedah SOP, kami mengekalkan TP RM2.80 yang merangkumi premium ESG 2%. Saham ini diniagakan pada P/E 13x untuk FY26F, dan pada hemat kami, kiraan nilai ini lebih murah daripada P/E 16-17x yang dicatatkan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia semasa berlakunya fasa kenaikan sektor pada 2017 (yang ketika itu tiada pusat data).

Faktor pemangkin kepada kenaikan harga saham ialah tawaran kerja industri baru pada FY25 kerana kerja industri terakhir yang diraih adalah pada Okt 2022.

  • Pemacu utama
  • Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh:
    • i.Pesanan kerja pembinaan;
    • ii. Jualan hartanah;
    • iii.Pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

  • Risiko Utama
    • i. Kemerosotan pasaran hartanah;
    • ii. Tekanan kos berlarutan.

Baca laporan penuh: Kerjaya Prospek : Pembelian Tanah Dengan Lebih Rancak; BELI  (2 Jul 2025)

Laporan Sebelumnya: Kerjaya Prospek: Aliran Kerja Terus Kukuh; Kekal BELI (29 Mei 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Kerjaya Prospek : Land Banking Like Never Before; Stay BUY (2 Jul 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY
Tags: Bursa MalaysiaKerjaya ProspekKPPROP
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In