• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Gamuda Memeterai Perjanjian Bangun Projek RE Di Australia

in Catalyst
A A
Gamuda Sasar Projek Pembangunan Pam Hidro Di Australia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Subsidiari milik penuh Gamuda di Australia, Gamuda Holdings Pty Ltd telah memeterai perjanjian mercu tanda dengan pemilik tanah tempatan untuk membangunkan portfolio projek tenaga boleh baharu berskala besar di Tasmania Tengah.

Portfolio itu mewakili kapasiti gabungan 600 megawatt (MW) penjanaan tenaga angin dan solar serta sehingga 600 MW Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).

Gamuda melalui satu kenyataan hari ini berkata ini menandakan pelaburan penting pertama dalam pembangunan tenaga boleh baharunya di Australia. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

 Portfolio kumpulan itu, pada masa ini merangkumi Weasel Solar Farm dan Cellars Hill Wind Farm, yang mana, ia diterajui oleh pemilik tanah Tasmania yang terkemuka, Downie Family, dengan rakan kongsi pembangunan Alternate Path.

“Tanah-tanah pastoral di Tasmania telah dimiliki oleh Downie Family selama lebih dari 200 tahun, dan Peter Downie adalah ahli komuniti yang dihormati dan penyokong kuat dalam tenaga boleh baharu.

“Memandangkan ianya adalah projek portfolio yang diterajui pemilik tanah, perancangan projek telah dilakukan dengan kerjasama rapat dengan tuan tanah tempatan, komuniti dan kerajaan. Ia perlu mengambil kira persekitaran tempatan termasuk menyampaikan peluang pekerjaan serta faedah kepada masyarakat setempat dan rebat tenaga kepada isi rumah dalam radius 12 kilometer portfolio tersebut,” katanya.

Gamuda hanya akan mengambil kepentingan ekuiti dalam portfolio itu bagi mendapatkan hak pembangunan untuk projek-projek semasa dan masa depan selain menyampaikannya di bawah kontrak-kontrak Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan Sumber (EPC).

“Ini akan menyediakan syarikat dengan saluran dalam kerja-kerja pembinaan tenaga sehingga 2029, dan perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan Lembaga Kajian Pelaburan Asing,” katanya.

Gamuda berkata pembinaan Weasel Solar Farm dianggarkan bermula menjelang 2027 dan Cellars Hill Wind Farm pada 2028.

“Syarikat itu juga sedang terlibat di bawah perjanjian penglibatan kontraktor awal untuk Projek Tenaga Hidro Berpam Gunung Oven Alinta Energy di New South Wales dan Hab Tenaga Capricornia Copenhagen Infrastructure Partners di Queensland,” katanya.

Strategi Ketua dan Pegawai Pertumbuhan Gamuda, Jarred Hardman berkata portfolio Tasmania Tengah adalah selaras dengan strategi tenaga syarikat untuk menjadi pemaju, pembina dan pemilik tenaga boleh baharu bagi memacu masa depan tenaga bersih Australia.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: GamudaPerjanjian RE
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In