• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Gamuda Raih Tawaran Kerja Lagi [2 Julai 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Saham
A A
Saham Kajian Hari Ini: Gamuda Raih Tawaran Kerja Lagi [2 Julai 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

  • Saranan BELI kekal
  • Harga sasar (TP) (SOP) baharu mencecah RM5.86 daripada RM5.64
  • Potensi kenaikan harga saham 22%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 2% untuk FY26F (Jul).

Gamuda sudah menandatangani perjanjian dengan pemilik tanah untuk sama-sama membangunkan portfolio projek-projek tenaga boleh baharu (RE) di wilayah tengah Tasmania dengan mengambil alih kira-kira 50% pegangan dengan nilai sebanyak <AUD10 juta. Projek-projek ini membabitkan jumlah kapasiti penjanaan tenaga angin dan suria sebanyak 600MW, dan sehingga 600MW untuk sistem simpanan tenaga bateri (BESS). Perkara ini bertepatan dengan rancangan Gamuda untuk membangunkan portfolio berkapasiti 1-2GW, dan projek-projek suria dan angin dalam masa lima tahun.

Sebelum ini Gamuda mengumumkan yang ia telah mendapatkan kontrak untuk membina dermaga dan jambatan-jambatan penghubung untuk Projek Terminal LNG Antara Benua Pelabuhan Kaohsiung (Pelabuhan Kaohsiung) di Taiwan. Dengan kepentingan berkesan Gamuda sebanyak 70% dalam usaha sama (JV) yang tidak diperbadankan – nilai untuk Gamuda ialah RM2.6 bilion manakala kepentingan selebihnya dipegang oleh Dong Pi, sebuah kontraktor berpangkalan di Taiwan yang berkepakaran dalam kerja penerowongan, pembinaan jambatan dan kejuruteraan marin, antara lainnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

  • Butiran lanjut

Portfolio RE berkenaan sekarang meliputi Ladang-Ladang Suria Weasel (200MW) dan Ladang-Ladang Angin Cellars Hill (400MW) dengan kerja-kerja bina dijadualkan bermula pada FY27 dan FY28. Dua projek ini sudahpun diterajui oleh pemilik tanah terkemuka di Tasmania, iaitu keluarga Downie (tanah desa di pulau tersebut sudah dijaga keluarga ini selama >200 tahun). Rakan kongsi pembangunan ini ialah Alternate Path. Kami percaya kadar pulangan pelaburan (IRR) yang diramalkan untuk projek-projek RE bawah perjanjian ini akan mencecah peratusan dalam lingkungan belasan rendah mengikut trend-trend sebelum ini.

Lebih penting lagi, perjanjian ini menandakan peralihan Gamuda kepada membangunkan pendapatan berulang menerusi projek-projek RE di Australia. Sebelum ini, Gamuda hanya menerima pendapatan berulang khusus daripada kerjakerja pembinaan sahaja. Perancangan projek untuk ikhtiar RE ini sudahpun dibangunkan dengan menjalankan kerjasama rapat dengan pemilik-pemilik tanah, masyarakat setempat, dan pihak kerajaan. Sebagai pulangan, Gamuda akan mengambil alih pegangan ekuiti dalam portfolio tersebut untuk meraih hak-hak untuk membangunkan projek-projek semasa dan yang akan datang, selain melancarkan mereka bawah kontrak pembinaan, pemerolehan dan kejuruteraan (EPC) tunggal.

  • Anggaran nilai EPC

Dengan menggunakan projek Ladang Suria Goulburn River (berkapasiti 585MW dengan nilai kerja RM1.8bilion) sebagai penanda aras, projek Ladang Suria Weasel sepatutnya mencatat nilai EPC sebanyak RM600 juta. Sementara itu, Ladang Angin Cellars Hill mungkin menelan kos pembinaan mencecah kira-kira RM1.2 bilion sekiranya kontrak RM702 juta untuk ladang angin darat Boulder Creek 228MW digunakan sebagai asas untuk mengira nilai kontraknya. Bagi portfolio projek BESS yang kapasitinya mungkin mencecah setinggi 600MW, nilai pembinaan ini secara kasarnya boleh mencapai kira-kira AUD1bn berdasarkan penentu luaran kami pada analisis kos modal oleh Majlis Tenaga Australia terhadap projek BESS yang bernilai kira-kira AUD1.7 juta bagi setiap MW pada Feb 2021.

Tiada pindaan dibuat pada jangkaan perolehan kami sambil menunggu butiran lanjut, iaitu tarif, tempoh laksana projek, dan kelulusan daripada Lembaga Peninjau Pelaburan Asing. Sungguhpun begitu, kami mengambil peluang untuk mengenakan P/E sasar lebih tinggi 24x daripada 22x untuk bahagian pembinaan luar negara Gamuda bagi mencerminkan peluangnya lebih kukuh untuk meraih projek RE di Australia, khususnya selepas menjadi pemilik aset RE. Nilai semakan sasar ini juga selari dengan purata nilai pemain RE di Australia. Maka, kami memperoleh TP RM5.86 baharu melalui kaedah SOP yang merangkumi premium ESG 8% berikutan markah 3.4 Gamuda.

Meskipun diniagakan pada P/E FY26F 19.7x, iaitu lebih tinggi daripada purata P/E 10 tahun sebanyak 14x yang dicatatkan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia, kami fikir masih terdapat ruang untuk nilai meningkat, bukan sahaja atas faktor kemampuan pusat data Gamuda, tetapi juga atas pelibatannya dalam projek kereta api dan RE di Australia.

  • Faktor pemacu utama
    • Perolehan Gamuda diperkukuh oleh pesanan pembinaan dan jualan hartanah

  • Risiko utama
    • Trend penambahan buku pesanan yang lebih perlahan berbanding jangkaan

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: AustraliaGamudaprojek
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In