KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) PMCK Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.87 kali untuk bahagian awam menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai depan.
Syarikat itu berkata ia telah menerima sejumlah 2,512 permohonan untuk 156.25 juta saham IPO bernilai RM34.37 juta daripada rakyat Malaysia yang mewakili kadar terlebih langganan keseluruhan sebanyak 1.87 kali.
“Bagi bahagian awam Bumiputera, sebanyak 993 permohonan untuk 23.09 juta saham IPO telah diterima, bakinya telah ditarik balik dan diperuntukkan semula kepada bahagian orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media.
PMCK berkata 43.62 juta saham IPO yang disediakan untuk permohonan oleh pemohon layak juga telah dilanggan sepenuhnya manakala 136.32 juta saham IPO menerusi penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah dikeluarkan sepenuhnya selepas penarikan balik dan peruntukan semula yang berkaitan seperti dinyatakan dalam prospektus PMCK.
“Selain itu, sebanyak 38.12 juta saham IPO dan 32.72 juta saham sedia ada melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah dikeluarkan sepenuhnya,” katanya.
Notis peruntukan akan diposkan kepada semua pemohon yang berjaya pada 7 Julai, 2025.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




