KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Anak syarikat 70 peratus milik Destini Bhd, M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec) dianugerahkan kontrak bernilai RM71 juta daripada Kementerian Pengangkutan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia penyelesaian kejuruteraan itu berkata kontrak berkenaan merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Tahap 3 bagi sembilan set tren elektrik kelas 93/2.
Pengarah Eksekutif Destini Ismail Mustaffa berkata kontrak ini mengukuhkan lagi peranan syarikat sebagai penyumbang utama kepada kemajuan industri rel negara.
“Disokong kedudukan kewangan yang kukuh, dengan keuntungan selepas cukai berjumlah RM23 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2025, Destini berada dalam kedudukan baik untuk meneroka peluang dalam industri rel berskala besar dan strategik, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.
Kontrak selama 24 bulan itu akan bermula pada Julai 2025 hingga Jun 2027, melibatkan set tren yang kini sedang beroperasi dan telah mencapai ambang 850,000 kilometer untuk penyelenggaraan Tahap 3.
Sebanyak sembilan unit tren elektrik (ETS) 2 yang diperoleh di bawah kontrak ini merupakan tambahan kepada 10 set ETS 1 yang diperoleh Railtec bagi kerja-kerja MRO Tahap 4 pada 2022, katanya dalam makluman itu.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. 
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
 
			 
		    




