• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Pembukaan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen yang lebih baik dalam situasi ketegangan di Timur Tengah yang mereda, kata penganalisis.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.58 peratus atau 8.84 mata kepada 1,523.13 daripada 1,514.29 pada Selasa. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.38 mata kepada 1,518.67.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 232 kaunter untung mengatasi 78 kaunter rugi. Sebanyak 217 kaunter tidak berubah, 1,916 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 152.14 juta saham bernilai RM102.19 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota, kenaikan Wall Street didorong oleh petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda dan isyarat kadar faedah rendah daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang meningkatkan sentimen pelabur.

“Pengumuman Presiden AS Donald Trump bahawa gencatan senjata antara Israel dan Iran ‘mula berkuat kuasa’ meningkatkan optimisme walaupun terdapat dakwaan pelanggaran serta-merta oleh kedua-dua pihak.

“Berdasarkan gencatan senjata dan kenaikan Wall Street, kami percaya pasaran tempatan akan menjadi positif,” menurut firma itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM9.85, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.33, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM14.30, CIMB menokok tiga sen kepada RM6.80 dan IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM6.64.

Daripada saham paling aktif, NexG naik satu sen kepada 36.5 sen, Magma menambah setengah sen kepada 48 sen, Green Ocean kekal mendatar pada 26 sen, Cuckoo merosot dua sen kepada RM1.06 dan Dataprep berkurangan setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 64.86 mata kepada 11,352.89, Indeks FBMT 100 menambah 66.25 mata kepada 11,138.57 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 63.89 mata kepada 11,288.04.

Indeks FBM 70 melonjak 103.19 mata kepada 16,435.52 manakala Indeks FBM ACE naik 20.48 mata kepada 4,438.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.54 mata kepada 17,776.01, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.05 mata kepada 150.02 dan Indeks Perladangan menambah 20.10 mata kepada 7,249.13.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga merosot 0.81 mata kepada 727.08.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In