- Disenarai pendek untuk projek lebuh raya Northland Corridor (NCH) di New Zealand
- Saranan BELI dikekalkan
- Harga sasar (TP) RM5.64 berdasarkan kaedah SOP
- Potensi kenaikan harga saham 20%
- Kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26F (Jul)

- Profil Syarikat
Gamuda sebuah syarikat pemegang pelaburan dan pembinaan kejuruteraan sivil. Melalui anak syarikatnya, Gamuda menyediakan pembinaan kerja tanah,
mengilang dan membekalkan bahan permukaan jalan raya, dan mengendalikan sebuah kuari dan projekpembinaan jalan raya.

Gamuda menerusi konsortium Together North – yang melibatkan empat ahli lain – telah disenarai pendek untuk projek lebuh raya Northland Corridor (NCH) di New Zealand yang meliputi seksyen Warkworth ke Te Hana menurut Agensi Pengangkutan NZ. Sekiranya konsortium ini berjaya menjadi pembida terpilih, projek ini akan menjadi tambahan baik kepada pendedahan pembinaan Gamuda di luar negara yang sekarang meliputi Australia, Taiwan, dan Singapura – dengan membentuk sekitar 50-60% daripada jumlah buku pesanan kumpulan ini.

- Butiran lanjut
Dua lagi konsortium juga telah disenarai pendek untuk seksyen Warkworth ke Te Hana dalam NCH-Northway dan Go>North. Peringkat pertama projek ini membabitkan lebuh raya empat laluan sepanjang 26km dari Warkworth ke Te Hana yang bersambung dengan lebuh raya baru dari Pūhoi ke Warkworth. Reka bentuk yang ditunjukkan untuk lebuh raya Warkworth ke Te Hana ini termasuk sebuah terowong berkembar sepanjang 850m di Dome Valley dan tiga laluan pertukaran yang terletak di Warkworth, Wellsford dan Te Hana.
Dari segi nilai indikatif projek bagi seksyen Warkworth ke Te Hana dalam NCH, anggaran kos modal antara NZD2.9 bilion dan NZD3.8 bilion diberi pada CY23
oleh Agensi Pengangkutan NZ. Dari aspek garis masa pula, pembida terpilih untuk projek ini (yang dilaksanakan menggunakan model kerjasama awam swasta (PPP)) dijangka akan ditentukan pada awal CY26. Dengan tertakluk pada kejayaan rundingan kontrak, kontrak ini kemudiannya dijadualkan akan ditawarkan pada pertengahan CY26. Konsortium PPP yang berjaya meraih kontrak ini dijangka akan memulakan reka bentuk terperinci dan kerja pembinaan awal pada akhir 2026.
Berdasarkan kompilasi kami, Gamuda sekarang mempunyai empat kerja yang disenarai pendek di luar negara – satu di New Zealand dan tiga di Australia – dengan nilai kumulatif lebih kurang RM30 bilion (yang belum lagi mengambil kira pegangan saham berkesan dalam konsortium yang ia sertai) (Rajah 2). Tambahan lagi, Gamuda juga mempunyai pakej pelibatan kontraktor awal (ECI) untuk pelbagai projek tenaga boleh baharu (RE) di Australia yang biasanya mempunyai kadar lebih tinggi untuk ditukarkan menjadi kontrak penuh bernilai sekurang-kurangnya AUD3bn untuk tiga projek (Rajah 2).

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami, maka TP kami bernilai RM5.64, dengan premium ESG 8% dikekalkan. Pada pandangan kami, Gamuda layak diniagakan pada nilai lebih tinggi (P/E FY26F 19.3x) berbanding Indeks Pembinaan Bursa Malaysia (purata P/E 10 tahun mencecah 14x) bukan sahaja atas faktor keupayaannya dalam pembinaan pusat data (DC) tetapi juga oleh sebab pelibatannya dalam projek-projek RE di Australia.
Faktor-faktor pemangkin untuk nilai saham dinaikkan termasuklah pelancaran kerja bukan RE dan DC lebih awal daripada jangkaan, seperti projek pemindahan air mentah Perak-Pulau Pinang.
- Faktor pemacu utama
- Perolehan Gamuda diperkukuh oleh pesanan pembinaan dan jualan hartanah
- Risiko utama
- Trend penambahan kerja yang lebih perlahan berbanding jangkaan
Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Gamuda : Menuju Ke Aotearoa; Kekal BELI (24 Jun 2025)
Laporan Sebelumnya: Gamuda : Keadaan Masih Baik; Kekal BELI (17 Jun 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Gamuda : Road To Aotearoa; Stay BUY (24 Jun 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!