Pulau Carey – Wilayah Koridor Pertumbuhan Ekonomi Baru
- Saranan BELI
- Harga sasar (TP) sebanyak RM2.33 dikekalkan
- Harga saham berpotensi menaik 68%
- Kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY25F

Kami memandang baik akan projek industri bersama baru yang diusahakan oleh Sime Darby Property ($SIMEPROP)di Pulau Carey. Kami percaya Pulau Carey akan menjadi kawasan koridor pertumbuhan ekonomi baru berikutan lokasi kemudahan pelabuhan yang berdekatan, sementara stesen terminal terakhir untuk projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan ditempatkan di Pelabuhan Klang. Tambahan itu, pihak Kerajaan juga berhasrat untuk membangunkan sebuah pelabuhan baharu di Pulau Carey pada masa hadapan. Usaha sama (JV) ini akan menguatkan lagi kehadiran operasi SIMEPROP di bahagian barat Lembah Klang kerana ia sudahpun mempunyai jejak yang kukuh di Bandar Bukit Raya, Subang Jaya, dan Elmina.
- Profil Syarikat
Sime Darby Property ($SIMEPROP) ialah pemilik tanah terbesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.
- Bersama-sama memajukan Pulau Carey
Jumaat lalu, kedua-dua SD Guthrie dan SIMEPROP menandatangani perjanjian JV untuk membangunkan tanah di Pulau Carey, Selangor dengan keluasan sehingga 2,000 ekar. Tiada maklumat lanjut diberitahu berhubung nilai tanah, nilai pembangunan kasar (GDV) dan pegangan berkesan memandangkan projek ini masih dalam peringkat perancangan. Walaupun SD Guthrie selaku pemilik tanah berkenaan mungkin memegang kepentingan majoriti dalam JV ini, kami fikir SIMEPROP mungkin memainkan peranan penting dalam pembangunan ini kerana pengalaman dan rekod prestasinya yang cemerlang dalam bidang pembangunan industri. Projek-projek industri andalan dan penting yang pernah diusahakan SIMEPROP termasuk Taman Perniagaan Serenia, Taman Perindustrian Universiti Pagoh, Taman Perniagaan XME, dan Vision Business Park.
- Prospek pertumbuhan di Pulau Carey
Syarikat-syarikat bawah kumpulan Sime Darby mempunyai rekod prestasi yang lama dalam membangunkan wilayah-wilayah koridor ekonomi, iaitu Koridor Guthrie, Subang Jaya, dan kini Lembah Wawasan Malaysia 2.0. Pulau Carey mungkin akan muncul sebagai sebuah kawasan koridor pertumbuhan baharu dalam tempoh 10-15 tahun akan datang setelah ia dikenal pasti sebagai tapak pembangunan baharu untuk sebuah pelabuhan berkelas dunia oleh Kerajaan ekoran lokasi strategiknya yang berhampiran Pelabuhan Klang dan berdekatan Pulau Indah. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang disambungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan akan menjadi jalan raya utama untuk pengguna lebuh raya.
Projek ECRL yang dibangunkan sekarang juga akan menamatkan perjalanannya di Pelabuhan Klang, dan menurut laporan-laporan media baru-baru ini, jajaran ECRL akan dipanjangkan untuk disambungkan dengan Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara. Sekarang SD Guthrie mengendalikan dua ladang dan kilang minyak sawit di pulau tersebut. Pada masa hadapan, pembangunan perindustrian bersama ini sepatutnya beroperasi untuk memenuhi permintaan industri-industri import/eksport yang amat bergantung pada kemudahan-kemudahan pelaburan berkenaan.
- Pembangunan jangka panjang
Tiada sebarang pindaan dibuat pada ramalan dan penilaian kami buat masa sekarang memandangkan kerja pembangunan mungkin hanya akan bermula dalam tempoh 4-5 tahun. Hal ini demikian kerana kerja-kerja infrastruktur dan pembersihan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu. Secara amnya, kami positif akan perjanjian strategik ini kerana ia menandakan pencapaian baharu syarikat ini dalam menjalinkan kerjasama dengan SD Guthrie. SIMEPROP mungkin dapat menerokai lebih banyak peluang pembangunan dengan SD Guthrie dalam jangka lebih panjang ekoran pemilikan sumber tanah SD Guthrie yang luas.
- Faktor pemacu utama
- Pemilikan bank tanah yang besar
- Risiko utama
- Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan
Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Sime Darby Property : Pulau Carey – Wilayah Koridor Pertumbuhan Ekonomi Baru (23 Jun 2025)
Laporan Sebelumnya: Sime Darby Property : Tekad Untuk Mengembangkan Portfolio Hartanah Pelaburan (30 Mei 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Sime Darby Property : Carey Island – A New Economic Growth Corridor (23 Jun 2025
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!