• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sektor Pusat Data Malaysia Kekal Positif – MIDF Amanah

in Catalyst
A A
Sektor Pilihan Hari Ini: Pembinaan (AI & Pusat Data)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Sektor pusat data Malaysia kekal positif di sebalik laporan baru-baru ini yang mendakwa syarikat-syarikat China sedang melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka di pusat data di sini yang dikuasakan oleh cip Nvidia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu sangat percaya bahawa cip Nvidia yang terlibat merupakan cip generasi terdahulu dan bukan cip terkini GB200, sementara menunggu hasil siasatan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Memandangkan dakwaan itu dikatakan berlaku pada Mac 2025, kami percaya ini mungkin merupakan satu langkah untuk ‘mempercepatkan proses’ sebelum pembatalan Rangka Kerja Penyebaran AI yang dijangka berkuat kuasa pada 15 Mei, 2025,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pada Rabu, The Wall Street Journal melaporkan empat jurutera dari Beijing telah terbang ke Malaysia pada Mac, membawa beg pakaian yang mengandungi pemacu cakera keras berkapasiti 80 terabait (TB) yang dipenuhi dengan data, imej dan klip video untuk melatih model kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, menurut MIDF Amanah, tiada sebarang kelembapan atau kelewatan yang ketara dalam projek-projek pusat data yang sedang berjalan di Malaysia berikutan dengan perkembangan terbaru berkenaan.

“Para kontraktor masih aktif membida kerja-kerja pembinaan pusat data yang baharu,” katanya sambil memetik beberapa transaksi berkaitan pusat data dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

MIDF Amanah juga mengekalkan pendirian positifnya terhadap sektor pembinaan dan utiliti kerana ia menjangkakan kontraktor seperti Gamuda, IJM Corp dan Sunway Construction akan terus meraih manfaat daripada rangkaian projek-projek pusat data yang kukuh.

“Kami juga menyukai YTL Power International yang sedang membangunkan Pusat Data Hijau berkapasiti 500 megawatt (MW) di Kulai melalui kerjasamanya dengan Nvidia dan dijangka melancarkan pusat data AI pertama berkapasiti 20 MW menjelang Ogos 2025, yang akan dilengkapi dengan cip terkini GB200,” katanya.

Selain itu, bank pelaburan berkenaan berkata Tenaga Nasional akan menjadi penerima manfaat utama daripada peningkatan penggunaan tenaga oleh pusat-pusat data dalam jangka masa panjang.

“Gergasi utiliti itu juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dengan DayOne Data Centers untuk membekalkan sehingga 500MW tenaga boleh baharu bagi tempoh 21 tahun, yang akan disokong oleh kapasiti penjanaan solar baharu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Chinacip NvidiaMIDF Amanahpusat data
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In