KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,511.97 daripada 1,511.95 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.99 mata kepada 1,512.94.
Pasaran secara menyeluruh negatif sedikit dengan 98 kaunter rugi mengatasi 82 kaunter untung. Sebanyak 227 kaunter tidak berubah manakala 2,016 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 52.84 juta saham bernilai RM25.57 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street ditutup mendatar selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan pendirian kadar faedahnya manakala ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus menjadi tumpuan.
Dow Jones Industrial Average merosot 44 mata atau 0.1 peratus, S&P 500 berkurangan 0.03 peratus manakala Nasdaq Composite naik 0.13 peratus.
Pasaran ekuiti di Asia ditutup rendah berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang masih belum selesai.
Sehubungan itu, Indeks Hang Seng di Hong Kong merosot sebanyak 1.12 peratus.
Pada peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup tinggi pada Rabu selepas sesi dagangan yang tidak menentu.
Jumlah dagangan yang rendah mencerminkan pendekatan berhati-hati dalam kalangan pelabur berikutan risiko global yang berterusan dan keadaan pasaran yang tidak menentu.
“Kami menjangka dagangan akan kekal rendah berikutan kekurangan pemangkin dan risiko pasaran yang tinggi. Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,500 hingga 1,520 mata hari ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.64, Tenaga dan CelcomDigi, masing-masing kekal mendatar pada RM14.22 dan RM3.81, Public Bank merosot 3.0 sen kepada RM4.21 dan CIMB meningkat 3.0 sen kepada RM6.68.
Dalam kalangan saham paling aktif, HLT Global merosot setengah sen kepada 5.0 sen, SNS Network Technology naik 2.0 sen kepada 55.5 sen, Dagang Nexchange meningkat 1.0 sen kepada 30 sen, Elridge Energy Holdings dan Dataprep Holdings, masing-masing tidak berubah pada 59.5 sen dan 11.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.37 mata kepada 11,304.18, Indeks FBMT 100 naik 2.36 mata kepada 11,082.46 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 0.04 mata kepada 11,310.38.
Indeks FBM 70 naik 12.45 mata kepada 16,213.24, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 7.04 mata kepada 4,434.30.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 12.10 mata kepada 7,250.14 manakala Indeks Tenaga merosot 2.06 mata kepada 738.55.
Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.98 mata kepada 17,434.41, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.26 mata kepada 149.80.
— BERNAMA

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

