• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Yinson Muktamad Perjanjian Pelaburan Bernilai US$1 Bilion Dengan Konsortium

in Catalyst
A A
Yinson Raih Dua Projek FSPO Bernilai US$5.2 Bilion Di Brazil
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Anak syarikat Yinson Holdings Bhd (Yinson), Yinson Production telah memuktamadkan perjanjian pelaburan berjumlah US$1 bilion (US$1=RM4.23) dengan sebuah konsortium seperti yang diumumkan sebelum ini.

Konsortium pelabur itu terdiri daripada anak syarikat milik penuh Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), dana yang diuruskan oleh British Columbia Investment Management Corporation (BCI) dan RRJ Group (RRJ).

Dalam satu kenyataan hari ini, Yinson berkata kejayaan memuktamadkan urus niaga itu berikutan pemeteraian perjanjian muktamad pada 14 Jan, 2025 dan selepas berpuas hati dengan syarat penutupan, termasuk kelulusan kawal selia dan kelulusan oleh pemegang saham Yinson.

“Pelaburan ini dibuat menerusi terbitan saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) bernilai US$1 bilion dan waran oleh Yinson Production Offshore Holdings Ltd, iaitu syarikat pegangan berpangkalan di United Kingdom yang baharu ditubuhkan.

“Perjanjian itu menyediakan pilihan untuk menerbitkan RCPS tambahan sehingga US$500 juta dalam tempoh 24 bulan selepas dimuktamadkan, tertakluk kepada persetujuan,” katanya.

Selepas dimuktamadkan, pelabur yang membiayai tranche pertama sebanyak US$300 juta, yang mana US$200 juta telah digunakan bagi pengagihan khas kepada Yinson.

“Baki US$700 juta RCPS komited akan dibayar sehingga tiga kali ansuran menjelang Disember 2026,” katanya.

Ketua Pegawai Kewangan Yinson Production Markus Wenker berkata pelaburan itu bukan sahaja mencerminkan kualiti perniagaannya dengan aliran tunai yang sangat ketara dan tunggakan hasil yang ketara, tetapi menekankan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan jangka panjang Yinson Production.

“Dengan mengukuhkan lagi asas kewangan kami, urus niaga ini meletakkan kami dalam kedudukan yang baik untuk meneroka peluang baharu dalam landskap tenaga luar pesisir yang berkembang dengan pesat,” katanya.

Yinson Production merupakan pemilik dan pengendali bebas bagi kapal penyimpanan, pengeluaran dan pemunggahan terapung. 

— BERNAMA

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.

Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.

Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Tags: ADIAkorporatMarkus WenkerpelaburanYinson Holdings
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In