- Saranan BELI dikekalkan
- Harga sasar (TP) menaik kepada RM2.37 daripada RM2.33
- Potensi kenaikan harga saham 35%

- Profil Syarikat
Solarvest sebuah penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) siap guna suria yang menawarkan penyelesaian hujung ke hujung untuk membina sistem fotovolta suria dari awalnya.
Kami memandang positif akan perkembangan besar Solarvest di Brunei menerusi pegangan kepentingannya sebanyak 34% dalam Seri Suria Power (B), yang menandakan langkah strategik dalam mengembangkan jejak operasinya pada peringkat serantau. Usaha niaga ini mengukuhkan kehadiran kumpulan ini di rantau ini, selain mempertingkatkan asas pendapatan berulangnya menerusi pembangunan dan pemilikan aset tenaga boleh baharu (RE). Projek ini menekankan tekad Solarvest untuk menjadi penyedia penyelesaian tenaga bersih dan teknologi hijau dalam pasaran-pasaran penting.
- Projek suria kebangsaan terbesar Brunei
Anak syarikat milikan penuh kumpulan ini iaitu Atlantic Blue (34%), bersama-sama dengan Khazanah Satu (30%) dan Serikandi Oilfield Services (36%), telah menandatangani perjanjian pembelian kuasa (PPA) menerusi sebuah entiti usaha sama (JV) Seri Suria Power (B), dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik Brunei bawah Pejabat Perdana Menteri (DES). JV ini akan membangunkan sebuah loji fotovolta (PV) suria berkapasiti 30MWac di Kampong Belimbing, Kota Batu, Brunei.
Projek ini bakal menjadi projek suria kebangsaan terbesar di Brunei. Tempoh PPA ini adalah selama 25 tahun, dengan tarikh operasi komersial (COD) disasarkan bermula pada akhir 2026. Kerja-kerja EPCC akan dilaksanakan oleh Serikandi Solarvest, sebuah JV antara Solarvest Borneo (49%) dengan Serikandi Holdings (51%). Pembinaan dijangka akan bermula pada 3Q25.
- Potensi sumbangan perolehan
Menurut bayangan pihak pengurusan, IRR projek ini akan menyamai projek-projeknya di Malaysia, iaitu dalam lingkungan digit tunggal tinggi hingga belasan rendah. Jumlah capex dianggarkan mencecah BND35 juta, dengan struktur pembiayaan berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30. Berdasarkan parameter ini dan 34% kepentingan oleh Solarvest, kami menganggarkan projek ini mungkin akan menyumbang perolehan sebanyak RM2-3 juta setiap tahun. Tanpa mengira pembiayaan projek, paras hutang bersih dianggarkan akan menaik kepada kira-kira 0.21x.

- Ramalan
Kami meningkatkan ramalan perolehan kami sebanyak 2%, 3%, dan 3% untuk FY25-27 bagi mencerminkan sumbangan untung yang lebih tinggi. Dengan itu, TP kami yang diperoleh melalui kaedah SOP menaik kepada RM2.37, berdasarkan P/E 30x pada EPS EPCC tercair penuh FY26F, dan DCF (WACC: 5.4%) untuk projek Suria Berskala Besar 4 (LSS4) dan asetaset suria Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP). Penilaian kami juga mengambil kira premium ESG 8%, kerana ia diberi markah ESG 3.4 (berbanding paras median negara 3.0).
- Faktor pemacu utama
- i. Permintaan untuk kerja EPCC suria daripada projek komersial dan perindustrian
- ii. Permintaan untuk kerja EPCC suria daripada projek bersaiz utiliti
- Risiko utama
- i. Kebergantungan pada dasar dan inisiatif kerajaan berhubung tenaga boleh baharu
- ii. Risiko persaingan
- iii. Kenaikan kos projek yang tidak dijangka
Penganalisis
Miza Izaimi +603 2302 8121 ([email protected])
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Solarvest : Mengukuhkan Jejak Operasi Serantaunya; BELI (17 Jun 2025)
Laporan Sebelumnya: Solarvest : Prospek Terus Cerah Untuk Solarvest; Kekal BELI (22 Mei 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Solarvest : Strengthening Its Regional Footprint; BUY (17 Jun 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.