• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

George Kent, Firma China Jalin Kerjasama Hasilkan Meter Air Ultrasonik

in Catalyst
A A
George Kent, Firma China Jalin Kerjasama Hasilkan Meter Air Ultrasonik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — George Kent (M) Bhd (George Kent) telah menjalinkan kerjasama dengan Qingdao Topscomm Communication Co Ltd (Topscomm), syarikat tersenarai di Shanghai bagi membangunkan meter air ultrasonik berjenama tempatan pertama Malaysia.

Syarikat pemeteran dan kejuruteraan itu berkata kerjasama tersebut dirasmikan dalam majlis memeterai perjanjian pada 10 Jun di Qingdao, China, susulan penubuhan anak syarikat teknologinya, GK SuperTech Sdn Bhd pada Februari lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, George Kent berkata meter pintar baharu yang dijenamakan sebagai GK Ultra itu, direka bentuk untuk memberikan ketepatan sehingga empat kali ganda daripada meter air mekanikal konvensional.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia menggunakan teknologi ultrasonik tanpa bahagian yang bergerak dan terbenam dengan internet pelbagai benda (IoT) dan keupayaan kecerdasan buatan bagi pemantauan data masa nyata, pengesanan kebocoran dan penyelenggaraan ramalan.

George Kent berkata produk itu bertujuan menyokong pendigitalan pengurusan utiliti dan sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Malaysia.

“Sebagai satu-satunya syarikat Malaysia yang memperkenalkan meter air ultrasonik pintar berjenama tempatan ke dalam pasaran, ia sejajar dengan matlamat pendigitalan NIMP, mempromosikan inovasi tempatan dan eksport teknologi tinggi,” katanya.

Menurut data pasaran yang dipetik oleh syarikat itu, pasaran meter air ultrasonik pintar global diunjur mencatatkan pertumbuhan daripada US$3.85 billion pada 2024 kepada US$9.65 billion menjelang 2037. (US$1=RM4.22)

“George Kent berada pada kedudukan yang baik untuk menguasai bahagian pasaran yang semakin berkembang ini dengan penyelesaian berskala global,” kata George Kent.

Pengerusi Eksekutif Tan Sri Tan Kay Hock berkata GK Ultra merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk beralih daripada peranannya sebagai pengeluar meter air negara dan memasuki pasaran pemeteran pintar antarabangsa.

“Kami berbangga untuk mengeluarkan produk yang boleh bersaing di pentas dunia, sejajar dengan visi transformasi digital kami dan menyokong kemampanan infrastruktur kepada pelanggan kami di peringkat global,” katanya.

George Kent berkata kerjasama itu membuka peluang untuk pembangunan produk secara bersama dengan Topscomm pada masa akan datang.

— BERNAMA

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Tags: AIGeorge KentGK UltraIoTmeter air ultrasonikmeter pintarTopscomm
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In