KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutan penilaian semasa yang kekal menarik, mendorong institusi tempatan terus membuat pembelian saham, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.70 mata kepada 1,527.54 daripada 1,523.84 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi kepada 1,527.71, meningkat 3.87 mata.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan 123 kaunter untung mengatasi 108 kaunter rugi manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 88.62 juta unit bernilai RM51.38 juta.
Thong berkata FBM KLCI melonjak melebihi paras 1,520 berikutan pembeli mula memasuki pasaran.
“Ini mungkin disebabkan pembelian saham oleh institusi tempatan. Walaupun asas sebahagian besarnya tidak berubah, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,520 hingga 1,530 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Sebanyak 30 kaunter utama menunjukkan prestasi bercampur-campur, daripada mendatar kepada tinggi, dengan kenaikan diterajui oleh IHH, yang meningkat sembilan sen kepada RM6.95, Petronas Gas naik 26 sen kepada RM17.96, Press Metal menambah lima sen kepada RM5.05 dan MISC menokok lapan sen kepada RM7.78.
Dalam kalangan saham paling aktif, MPire mendatar pada 12 sen manakala warannya berkurangan setengah sen kepada 11.5 sen. Velesto tidak berubah pada 18.5 sen, Paradigm REIT mendatar pada RM1.03, XL warrant merosot setengah sen kepada tujuh sen manakala Bumi Armada menambah satu sen kepada 48.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 23.47 mata kepada 11,461.20, Indeks FBMT 100 naik 23.30 mata kepada 11,226.84 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 33.90 mata kepada 11,426.57.
Indeks FBM 70 menokok 18.85 mata kepada 16,544.07.
Bagaimanapun, Indeks FBM ACE merosot 4.62 mata kepada 4,539.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 4.12 mata kepada 17,775.03, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.58 mata kepada 152.89 dan Indeks Perladangan naik 10.56 mata kepada 7,224.38.
Indeks Tenaga menambah 7.63 mata kepada 731.40.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

