• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa kerana kebanyakan pelabur masih tidak memasuki pasaran ekoran ketidaktentuan pasaran semasa, menjelang hasil rundingan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.19 mata kepada 1,519.22 daripada 1,519.41.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi kepada 1,519.71.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Lingkungan pasaran adalah negatif, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 123 berbanding 109 manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,905 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 105.27 juta unit, bernilai RM53.92 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd FBM KLCI dapat meningkat lebih tinggi semalam walaupun dalam keadaan penjualan asing yang berterusan ekoran perhatian pelabur asing beralih ke pasaran rantau lain.

“Disebabkan oleh dasar tarif yang berubah-ubah oleh Presiden AS, Trump, konsensus telah menurunkan unjuran pendapatan keseluruhan korporat Malaysia, terutamanya bank, menyebabkan minat terhadap ekuiti tempatan menjadi suram.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berada dalam julat 1,515 hingga 1,525,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, 99 Speed Mart menambah lapan sen kepada RM2.18, Public Bank naik dua sen kepada RM4.80, dan Petronas Gas meningkat 14 sen kepada RM18.28. RHB naik empat sen kepada RM6.40, manakala Maybank menambah satu sen kepada RM9.69.

Antara saham paling aktif, NEXG dan Velesto kekal tidak berubah masing-masing pada 37 sen dan 18.5 sen, manakala Paradigm REIT yang baru disenaraikan di Pasaran Utama tidak berubah pada RM1. SFP Tech juga tidak berubah pada 23 sen, manakala Hartanah Kenyalang menambah satu sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 3.90 mata kepada 11,389.29, Indeks FBMT 100 jatuh 3.52 mata kepada 11,154.95, dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 9.36 mata kepada 11,354.68.

Indeks FBM 70 turun 13.70 mata kepada 16,395.61 manakala Indeks FBM ACE susut 0.47 mata kepada 4,511.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.84 mata kepada 17,757.04, namun Indeks Tenaga susut 3.37 mata kepada 717.49. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.47 mata kepada 151.87, manakala Indeks Perladangan naik 5.28 mata kepada 7,254.11.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysia
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In