• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: SKP Resources [$SKPRES] 3 Jun 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Ulasan Keputusan: SKP Resources [$SKPRES] 3 Jun 2025
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan BELI kekal
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.25 daripada RM1.31
  • Harga saham berpotensi menaik 26%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 5%
  • Profil Syarikat

SKP Resources mengeluarkan bahagian dan komponen plastik, bahagian plastik ketepatan dan kejuruteraan. SKP Resources juga beroperasi dalam segmen pembuatan acuan tepat, reka bentuk dan modifikasi acuan.

Perolehan FY25 yang dicatatkan oleh SKP Resources berjaya memenuhi jangkaan disebabkan oleh pemulihan jumlah jualan daripada Pelanggan X. Prospek perolehan SKP rata-ratanya akan diperkukuh oleh permintaan stabil daripada Pelanggan X manakala bermulanya operasi barisan-barisan pengeluaran baru sepatutnya memacu pertumbuhan secara berperingkat. Kami terus menyukai SKP atas faktor kedudukannya yang mampu memanfaatkan peluang daripada pemecahan rantaian bekalan dan trend-trend pempelbagaian portfolio hasil daripada pelaksanaan tarif AS.

  • Keputusan FY25 memenuhi jangkaan

SKP mencatat untung bersih berjumlah RM119 juta (+23% YoY) yang merangkumi 100% dan 98% daripada ramalan kami dan konsensus. Akan tetapi, kami mengambil peluang untuk membuat semakan pada andaian jumlah jualan dan margin kami selepas memperoleh bayangan terbaru pihak pengurusan dan hal ini menyebabkan potongan 9% dan 5% dalam perolehan FY26-27F. Akibatnya, TP kami susut kepada RM1.25 selepas menganjakkan tahun asas penilaian ke FY26F dari 2025F. TP ini diperoleh berdasarkan kiraan sama P/E 15x yang menandakan harga lebih murah daripada pesaing terdekat SKP iaitu VS Industry. Hal ini dianggap wajar kerana modal pasaran VSI yang lebih besar.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Rumusan keputusan

Secara YoY, hasil FY25 melambung naik 19% kepada RM2.2 bilion khususnya dibantu oleh pemulihan jualan Pelanggan X berikutan semakan inventori yang dibuat pada tahun sebelumnya. Sementara itu, margin untung kasar (GPM) untuk FY25 turun 0.9ppts yang dikekang oleh semakan FX, bayaran upah lebih mahal, dan kos permulaan operasi yang berkait degan barisanbarisan pengeluaran baru. Sungguhpun begitu, langkah pengurusan opex yang berkesan berjaya mengurangkan impak berkenaan, dan akibatnya, untung bersih FY25 melonjak naik 23% YoY kepada MYR119j. Secara QoQ pula, hasil dan untung bersih bagi 4QFY25 menaik 15% dan 18% susulan permintaan bermusim lebih baik dan langkah pengawalan kos yang ketat.

  • Prospek

Kami difahamkan bahawa permintaan daripada Pelanggan X berada dalam keadaan terkawal walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran susulan pelaksanaan dasar tarif AS. Memandangkan hal ini sepatut mengukuhkan prospek perolehan dalam jangka terdekat, kami menjangkakan jualan untuk 1QFY26F akan terus mantap. Sementara itu, dua barisan pengeluaran baru mula beroperasi pada Dis 2025 dan SKP sedang mempertingkatkan tahap kecekapan operasi supaya mencapai jumlah pengeluaran yang optimum. Tambahan itu, ia menyasar untuk memperoleh lebih banyak tempahan daripada salah satu pelanggan baru tersebut agar nilai kerja dapat dinaikkan dua kali ganda kepada RM200 juta setahun. Selain itu, SKP sudah menerima lebih banyak pertanyaan daripada bakal pelanggan selepas tindakan tarif AS. Hal ini mungkin dapat mempercepat perkembangan usahanya dalam meraih pelanggan baharu dengan penekanan lebih diberikan untuk mempelbagaikan sumber-sumber pengeluaran mereka.

  • Faktor pemacu utama
    • i. Meraih kerja baharu
    • ii. Menguasai lebih banyak bahagian pasaran

  • Risiko utama
    • i. Kelewatan bermulanya operasi barisan pengeluaran baharu
    • ii. Kehilangan pelanggan utama

Penganalisis
Soong Wei Siang
+603 2302 8130
[email protected]

Baca laporan analisis penuh: SKP Resources : Akhiri Tahun Pemulihan Dengan Kukuhnya; Kekal BELI (3 Jun 2025)

Laporan Sebelumnya: SKP Resources : Menjangkakan Pemulihan Cepat QoQ; Kekal BELI (25 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: SKP Resources : A Solid End To The Year Of Recovery; Stay BUY (3 Jun 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaKeputusanSKP ResourcesSKPResuntung bersih
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In