• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Signature Alliance Group Naik 6 Sen Atau 9% Berbanding Harga IPO Pada Penyenaraian

in Asas Saham, Catalyst
A A
Signature Alliance Group Naik 6 Sen Atau 9% Berbanding Harga IPO Pada Penyenaraian

Gambar: The Edge Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SAG MULA DISENARAIKAN DI PASARAN ACE SASAR RAIH 15-20 PERATUS DARIPADA NILAI TENDER RM1.1 BILION

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) — Signature Alliance Group Bhd (SAG) yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini menyasarkan untuk meraih antara 15 dan 20 peratus daripada nilai tender RM1.1 bilion menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif kumpulan Darren Chang berkata sebahagian besar daripada penyertaan tender syarikat itu meliputi projek hartanah komersial dan perindustrian.

“Berdasarkan purata kadar kejayaan tender kami sebelum ini iaitu kira-kira 15 peratus hingga 20 peratus, kami optimis untuk mencapai sasaran berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian SAG di sini hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SAG adalah anak syarikat Signature International Bhd yang terlibat terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan kerja-kerja pemasangan dalaman dan pembinaan bangunan.

Chang berkata SAG mempunyai 69 projek yang sedang dilaksanakan dengan jumlah nilai kontrak sebanyak RM902.4 juta setakat 16 April, dengan RM388.6 juta belum dijelaskan, mencerminkan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan kerja-kerja pemasangan dalaman.

“Ini menawarkan kebolehlihatan pendapatan yang stabil dalam tempoh satu hingga dua tahun kewangan yang akan datang,” katanya.

Pada 9 pagi, pakar pemasangan dalaman itu dibuka pada 68 sen, dengan premium enam sen berbanding harga tawaran awal (IPO) sebanyak 62 sen, dengan 8.9 juta saham diniagakan.

Kumpulan itu berjaya mengumpul sebanyak RM161.2 juta melalui terbitan awam sebanyak 260 juta saham baharu.

Sementara itu SAG dalam kenyataan berkata, daripada jumlah berkenaan, RM88 juta akan digunakan untuk menubuhkan pejabat korporat baharu sebagai ibu pejabat baharunya dan kemudahan pengeluaran bagi aktiviti pengeluaran berpusat di Selangor manakala RM30.1 juta bagi memenuhi keperluan modal kerja.

Selain itu, RM20 juta akan diperuntukkan untuk membayar balik pinjaman bank dan RM12 juta pula bagi memperluas dan membuka pejabat cawangan di Pulau Pinang dan Johor bagi mengukuhkan operasi di pasaran.

SAG berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk membeli mesin dan peralatan tambahan bagi kemudahan pengeluaran baharu di Selangor yang bertujuan meningkatkan automasi dan mengukuhkan lagi keupayaan penyampaian projek.

Menurut kenyataan itu, baki sebanyak RM7.1 juta pula akan digunakan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: bursaIPOpasaran ACEpenyenaraianSAGSignature Alliance Group
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In