KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Cypark Resources Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi berkuat kuasa 9 Jun, 2025
Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat tenaga boleh baharu itu menjelaskan pelantikan Abdul Wahid itu serentak dengan peralihan peranan Datuk Hamidah Moris daripada Pengerusi kepada Pengarah Urusan Kumpulan.
Bagi menyokong aspirasi teknikal Cypark yang semakin berkembang, syarikat juga melantik Datuk Dr Gue See Sew sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, juga berkuat kuasa 9 Jun.
Syarikat itu memaklumkan perubahan itu mencerminkan hala tuju strategik lembaga pengarah untuk mengukuhkan pengawasan bebas di samping memperkasakan kepimpinan eksekutif yang telah terbukti.
“Pengasingan peranan pengerusi dan pengarah urusan memastikan standard tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan yang tinggi, selaras dengan amalan terbaik untuk syarikat tersenarai Bursa Malaysia,” tambahnya.
— BERNAMA
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM





