• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Malaysian Resources Corp [$MRCB] 3 Jun 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Saham Pilihan Hari Ini: Malaysian Resources Corp ($MRCB)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bakal Mencatat Prestasi Lebih Kukuh Walaupun Berdepan Kekangan Sementara

  • Saranan BELI kekal
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM0.67 daripada RM0.73
  • Harga saham berpotensi menaik 31%
  • Kadar hasil dividen 2% untuk FY25F
  • Profil Syarikat

Malaysian Resources Corp. Bhd (MRCB) terbabit dalam pembinaan (kepakaran khusus dalam projek alam sekitar), pembangunan dan pelaburan hartanah, dan operasi jalan raya bertol. Ia juga dikenali dengan pembangunan berteraskan transit, seperti Kuala Lumpur Sentral, Bukit Jalil City, Kwasa Damansara, dan Penang Sentral.

MRCB mencatat keputusan tersasar daripada unjuran kami dan konsensus apabila mengalami rugi bersih teras sebanyak RM14 juta pada 1Q25. Kerugian ini diraih selepas mengecualikan keuntungan pelupusan 70% kepentingannya dalam CSB Development. Penyimpangan negatif ini berpunca daripada prestasi bahagian hartanah yang lebih lemah daripada jangkaan. Kami meramalkan perniagaan pembinaan MRCB akan terus sibuk dengan tempahan kerja bernilai RM5.6 bilion berjaya diraih sejak awal tahun hingga sekarang (YTD).

  • Rumusan keputusan

EBIT untuk bahagian pembinaan menjunam 55% YoY pada 1Q25 kerana projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 menghampiri penyiapan, dengan kemajuan kewangan mencecah 97% setakat akhir bulan Mac. Pada masa yang sama, pembinaan semula lima stesen LRT3 masih lagi berada pada peringkat awal. Sementara itu, bahagian hartanahnya mencatat kerugian operasi RM4.3 juta pada 1Q25 (untung operasi 1Q24: RM11.2 juta) akibat penurunan jualan daripada unit-unit yang siap dibina, selain pengiktirafan hasil minimum daripada projek-projek berperingkat awal, iaitu Residensi Tujuh (GDV: RM385 juta). Unit-unit siap yang belum terjual di Malaysia mencecah RM382 juta pada akhir 1Q25 (akhir FY23: RM347.5 juta).

  • Buku tempahan

Kami anggarkan buku tempahan belum dibil terkini oleh MRCB akan mencecah RM9 bilion (termasuk tawaran projek terkini, Kompleks Sukan Shah Alam), lantas menjana pendapatan untuk lebih empat tahun. Prospek kerja masa hadapan selain daripada membangunkan semula KL Sentral (anggaran RM1 bilion) mungkin datang daripada:

  • i) Projek-projek tebatan banjir melalui tender-tender kelayakan awal yang bernilai RM1.4 bilion
  • ii) buku tender tambahan sebanyak RM1.7 bilion merangkumi Pakej 3 daripada pelan pengembangan lapangan terbang Pulau Pinang, kerja-kerja menaik taraf untuk lapangan terbang Tawau dan lebuh raya Perak antara lainnya.
  • Jualan FY25

Jualan hartanahnya pada FY25 disasarkan mencecah RM1 bilion dengan RM99.5 juta daripada jualan hartanah berjaya diraih pada 1Q25. MRCB masih merancangkan pelancaran bernilai RM3.5 bilion. Setakat ini, sebanyak RM1.1 bilion projek sudah dilancarkan untuk Symphony Centre di Auckland, dengan selebihnya adalah daripada sesetengah projek di Malaysia dan Australia. Sementara itu, projek VISTA di Gold Coast, (GDV: kira-kira RM1.5 bilion) (dilancarkan pada Apr 2023) menyaksikan 45% daripada nilai pembangunan kasar (GDV) terjual setakat akhir 1Q25 (1Q24: 23%). MRCB juga bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan untuk memudahkan penyediaan kemudahan pembiayaan untuk bakal pembeli rumah kediaman di Residensi Tujuh.

Kami rendahkan perolehan FY25-27F 14%, 7%, dan 4% setelah menurunkan andaian bil peringkat siap untuk projek-projek hartanah dan pembinaannya yang sebelum ini terlalu optismitik. Maka, kami meraih TP RM0.67 baharu melalui kaedah SOP dengan mengambil kira premium ESG 4% dalam pengiraan. Nilai MRC
dilihat murah apabila diniagakan pada P/BV 0.5x untuk FY25F, atau -1SD daripada purata P/BV lima tahun yang dicatatkan oleh Indeks Pembinaan Bursa Malaysia.

Satu faktor yang boleh mencetuskan kenaikan nilai harga saham ialah kemungkinan pelibatan syarikat ini dalam projek LRT Pulau Pinang (sama ada untuk kerja pemanjangan Komtar-Penang Sentral atau sistem kereta api itu, yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM4 bilion secara keseluruhannya).

  • Faktor pemacu utama
    • i. Peningkatan jualan hartanah baharu
    • ii. Pelupusan aset
    • iii. Kontrak pembinaan baharu

  • Risiko utama
    • i. Pasaran hartanah mengalami kemerosotan
    • ii. pelancaran projek yang perlahan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Laporan Hari Ini: Malaysian Resources Corp : Bakal Mencatat Prestasi Lebih Kukuh Walaupun Berdepan Kekangan Sementara (3 Jun 2025)

Laporan Sebelumnya:Malaysian Resources Corp : Construction Segment Regaining Its Spark; BUY (29 Mei 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Malaysian Resources Corp : Set To Emerge Stronger Despite a Blip (3 Jun 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT



Tags: Bursa MalaysiaKeputusanMRCBQRQuarter Report
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In