Mencatat Perolehan Baik
- Saranan BELI kekal
- Harga sasar (TP) baharu mencecah RM9 (SOP) daripada RM8.70
- Harga saham berpotensi meningkat 30%

- Profil Syarikat
IHH Healthcare menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Syarikat ini mengendalikan hospital serta pusat perubatan, klinik, perniagaan penjagaan kesihatan sampingan merentasi beberapa negara, termasuk Singapura, Malaysia, Turki, dan China.
IHH Healthcare mengumumkan perolehan teras sebanyak RM425 juta untuk 1Q25 dan keputusan ini dilihat melangkaui jangkaan kami (walaupun 1Q selalunya lebih lemah) dengan mencapai 24% dan 22% anggaran kami dan konsensus. Keputusan lebih kukuh daripada jangkaan ini rata-ratanya berpunca daripada kunjungan pesakit yang semakin ramai, komposisi kes pesakit yang lebih baik, dan penggabungan dengan sebuah hospital yang baru diambil alih. Berdasarkan TP kami, saham ini mencatat EV/EBITDA 13.8x untuk 2026E, iaitu melebihi purata tiga tahunnya sebanyak 11.6x.

- Gambaran menyeluruh keputusan
Bahagian hospital dan penjagaan kesihatan (H&H) mencatat peningkatan hasil sebanyak 7% YoY kepada RM6 bilion disebabkan oleh permintaan berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bermutu (dengan hospital di pasaran-pasaran utama mengalami pertumbuhan hasil yang positif YoY, kecuali Singapura), komposisi bilangan kes pesakit lebih baik dengan lebih ramai kes pesakit akut, dan semakan harga yang dibuat pada masa yang tepat untuk melawan inflasi harga. Secara berturut-turut, segmen H&H masih mencatat pertumbuhan 2% QoQ walaupun prestasi tempoh tersebut selalunya lebih lemah. Hal ini dibantu oleh komposisi bilangan kes pesakit yang lebih baik dan diimbangi oleh operasi Hospital Acibadem Kartal yang baru mula beroperasi pada Februari.
- Pecahan prestasi mengikut segmen
Pasaran-pasaran penting IHH (Malaysia, Turki, India, dan China) kecuali Singapura, merekodkan pertumbuhan kukuh YoY dalam intensiti hasil dan kemasukan pesakit ke dalam wad. Bilangan pesakit wad di Singapura jatuh 6% YoY kerana Hospital Mount Elizabeth menjalankan kerja pengubahsuaian yang besar. Kadar penggunaan katil (BOR) di Malaysia pula susut 9ppts QoQ kepada 61% memandangkan bilangan katil meningkat selepas penggabungan Island Hospital Penang pada Nov 2024, dan tempoh yang prestasinya selalu lebih lemah. IHH Laboratories melaporkan pertumbuhan hasil sebanyak 7% YoY ekoran jumlah bilangan ujian yang dibuat semakin banyak (+7% YoY).
- Menurut laporan berita:
- Hasil hospital dan penjagaan kesihatan dalam suku pertama tahun kewangan 2025 meningkat sebanyak 7.0% kepada RM6.05 bilion
- Didorong oleh permintaan berterusan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti, kes pesakit yang lebih akut, dan pelarasan harga bagi menampung tekanan inflasi.
- Penggabungan Island Hospital, yang diambil alih pada November 2024, turut menyumbang kepada peningkatan hasil
- Hasil luaran PLife REIT bagi suku pertama tahun kewangan 2025 naik 15% kepada RM45 juta
- Disokong oleh sumbangan daripada 11 hartanah rumah jagaan warga emas di Perancis yang diambil alih pada Disember 2024
- Prospek
Kami masih optimis akan pelan strategik IHH untuk pertumbuhan organik dan bukan organik dalam jangka sederhana hingga panjang. Akhir-akhir ini, Kerajaan Malaysia dikatakan membatalkan rancangan untuk memperkenalkan sistem bayaran mengikut Klasifikasi Pesakit Berdasarkan Diagnosis (DRG) untuk hospital swasta. Kami menyambut baik perkembangan berita ini kerana apabila ketidaktentuan dasar mereda sepatut membantu sektor penjagaan kesihatan untuk diniagakan pada harga lebih mahal berbanding purata harga lampaunya. Kami masih memandang baik akan prospek jangka panjang IHH kerana kami menyukai strategi pelaksanaannya yang kukuh, jejak operasi serantau yang bereputasi tinggi merentasi pasaran utama yang didorong oleh kesedaran jenama yang tinggi, permintaan tidak berubah terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan tumpuan lebih pada pelanggan berstatus berada yang dapat memastikan perolehan bertahan.

- Semakan perolehan
Kami tingkatkan perolehan 2025-27 sebanyak 7%, 11%, dan 11% selepas membuat pengemaskinian kewangan. Kami anjakkan TP yang diraih melalui kaedah SOP ke tahun 2026 dengan kiraan EV/EBITDA sama sebanyak 14x untuk operasi-operasi hospital bagi mendapatkan TP RM9 baharu kami. Premium/diskaun ESG 0% diberikan pada nilai intrinsik memandangkan IHH mancatat markah ESG yang menyamai paras median negara.
- Faktor pemacu utama
- i. Bilangan pesakit wad meningkat;
- ii. Intensiti hasil bertambah baik;
- iii. Kesan positif daripada perubahan dalam kadar mata wang SGD/RM dan TRY/RM
- Risiko utama
- i. Ketaktentuan tawaran pengambilalihan mandatori (MTO) ke atas Fortis Healthcare;
- ii. Bilangan pesakit dan intensiti hasil lebih rendah daripada jangkaan;
- iii. Kos operasi lebih tinggi daripada jangkaan.
Penganalisis
Oong Chun Sung +603 2302 8126 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: IHH Healthcare : Mencatat Perolehan Baik; Kekal BELI (30 Mei 2025)
Laporan Sebelumnya: IHH Healthcare : Dikekang Oleh Kenaikan Kos Kewangan; Kekal BELI (28 Feb 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: IHH Healthcare : A Decent Showing; Keep BUY (30 Mei 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.
Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!




