• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Sime Darby Property [$SIMEPROP] 29 Mei 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis
A A
Sime Darby Property Teroka Penyelesaian Solar Bumbung Seiring Pelancaran NETR Fasa 1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Momentum Jualan Hartanah Tetap Kukuh

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM2.33 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 64%
  • Kadar hasil dividen sekitar 3% untuk FY26F

Perolehan 1Q25 yang diraih oleh Sime Darby Property (SIMEPROP) tidak mencapai jangkaan kerana beberapa jualan hartanah perindustrian masih belum diiktiraf. Jualan hartanahnya dilihat menggalakkan apabila mencecah RM928 juta pada suku tersebut. Hal ini bermakna ia bakal mencapai sasaran RM3.6 bilion menjelang akhir tahun. Walaupun momentum jualan hartanah mungkin akan kekal kukuh memandangkan adanya pelancaran-pelancaran strategik, pihak pengurusan juga sedang mempertingkatkan pertumbuhan segmen hartanah pelaburan – KLGCC Mall akan membuka tirainya pada 2H25, sementara SIMEPROP akan memastikan dua kemudahan pusat datanya disiapkan mengikut jadual.

  • Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

  • Keputusan 1Q25

Hasil pembangunan hartanah SIMEPROP pada suku ini menurun kerana beberapa jualan produk perindustrian masih belum memenuhi kriteria pengiktirafan hasil, manakala hasil daripada projek kediaman memperlahan oleh sebab bilangan pelancaran yang lebih rendah dibuat pada 2H24. Struktur kos keseluruhan bertambah baik (39% lebih rendah YoY) kerana pendekatan promosi yang lebih jimat kos diguna pakai semasa suku tersebut. Kos kewangan juga susut kepada RM11.8 juta (daripada RM17juta pada 4Q24) disebabkan oleh permodalan faedah lebih tinggi, seiring dengan bilangan asetaset layak yang lebih banyak. Paras hutang bersih menokok kepada 0.28x, daripada 0.24x pada 4Q24.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Momentum jualan kukuh pada 1Q25

Jumlah jualan hartanah syarikat ini pada 1Q25 mencecah RM927.5j (4Q24: RM900 juta). Sumbangan utama kepada jualan diterima daripada:

  • Produk perindustrian (RM461.5 juta, iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan)
  • Bangunan kediaman bertingkat tinggi (RM246.3 juta, iaitu 27% daripada jumlah)
  • Rumah kediaman bertanah (RM127.9 juta, sebanyak14% daripada jumlah)
  • Produk komersial (RM65.3 juta, merangkumi 7% daripada jumlah).
  • Produk-produk ini termasuklah produk perindustrian daripada Taman Perniagaan Elmina dan Taman Perniagaan Serenia, serta produk kediaman daripada The Reya, The Ophera dan Kanopi Residences.

Projek-projek bernilai lebih kurang RM656.5 juta telah dilancarkan semasa suku tersebut, dan projek-projek yang dilihat berjaya ialah rumah kediaman bertanah – The Nine di Elmina West (GDV: RM167 juta), yang sudah terjual sepenuhnya, dan pejabat berkembar bawah nama Quadria di Bandar Bukit Raja (GDV: RM194.9 juta) yang sudah 79% diambil.

  • Pelancaran baharu bernilai RM3.3 bilion untuk 9M25

Melihat pada pelancaran dan tempahan yang kukuh bernilai RM1.6 bilion, SIMEPROP berkembang dengan baik untuk mencapai sasaran jualannya sebanyak RM3.6 bilion menjelang akhir tahun.

Kami kekalkan ramalan perolehan FY25-26 kerana kami menjangkakan perolehan 2H25 akan mengukuh lagi. Jualan belum dibil untuk SIMEPROP mencecah
RM3.8 bilion (berbanding RM 3.7 bilion pada 4Q24), iaitu paras tertinggi yang pernah ia rekodkan sejak 2017.

TP dikekalkan. TP kami yang memasukkan kiraan premium ESG 4% oleh sebab markah ESG SDPR sebanyak 3.2 daripada 4, diperoleh berdasarkan diskaun 25% pada RNAV.

  • Faktor pemacu utama
    • Pemilikan bank tanah yang besar

  • Risiko utama
    • Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA
+603 2302 8116
[email protected]

Baca laporan analisis penuh: Sime Darby Property : Momentum Jualan Hartanah Tetap Kukuh; BELI (29 Mei 2025)

Laporan Sebelumnya: Sime Darby Property : Membina Portfolio Segmen Perindustrian Berkualiti Tinggi; BELI (19 Mei 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Sime Darby Property : Property Sales Momentum Still Strong; BUY (29 Mei 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIKeputusanSime Darby Propertyuntung bersih
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In