• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.23 mata atau 0.34 peratus kepada 1,531.39 berbanding 1,526.16 pada akhir dagangan semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 3.98 mata kepada 1,530.14.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 212 berbanding 124 manakala 267 kaunter tidak berubah; 1,793 tidak diniagakan dan 50 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 182.59 juta unit bernilai RM103.22 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran saham Wall Street mencatat kenaikan selepas ancaman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kesatuan Eropah ditangguhkan.

“Biarpun ketidaktentuan masih lagi ada, peniaga sebaliknya yakin satu perjanjian mungkin dapat dicapai,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keyakinan pengguna di AS bagi Mei mencatat angka yang mengatasi jangkaan awal manakala hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 4.446 peratus.

Di peringkat tempatan, Rakuten Trade menjangkakan pemulihan segera di paras melebihi 1,530 dengan indeks dijangka bergerak dalam julat 1,525 hingga 1,540 hari ini, kata Thong.

“Kami juga menganggap prestasi kewangan korporat di Malaysia kekal baik,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB masing-masing naik tiga sen kepada RM9.88 dan RM6.93; Public Bank menokok satu sen kepada RM4.39; Tenaga Nasional melonjak 16 sen kepada RM14.16 manakala IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM6.90.

Bagi saham aktif, Velesto dan SFP Tech masing-masing meraih setengah sen kepada 17 sen dan 21 sen; Oasia Home dan Thriven susut setengah sen kepada 27.5 sen dan 9.5 sen manakala NexG pula kekal tidak berubah pada 36.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 37.25 mata kepada 11,434.31; Indeks FBMT 100 naik 38.46 mata kepada 11,198.83; Indeks FBM ACE susut 0.97 mata kepada 4,572.63; Indeks FBM Emas Syariah naik 39.88 mata kepada 11,394.00 manakala Indeks FBM 70 meraih 56.90 mata kepada 16,280.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 37.16 mata kepada 18,085.84; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.02 mata kepada 153.42; Indeks Tenaga naik 2.26 mata kepada 700.92 namun Indeks Perladangan menguncup 39.06 mata kepada 7,337.58.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiadagangansesi awalWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In