• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

in Catalyst, Technical Analysis, Trading Idea
A A
Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Jika anda perhatikan suasana pelaburan saham sejak kebelakangan ini, ramai pelabur mula hilang semangat. Ada yang mengeluh kononnya pasaran “rosak”, “dah tak boleh buat duit”, atau lebih ekstrem “lebih baik keluar terus dari Bursa”. Sentimen ini bukan luar biasa, kerana indeks utama FBM KLCI memang bergerak perlahan dan banyak kaunter kelihatan tak bermaya.

Namun begitu, tanggapan ini tidak sepenuhnya tepat. Walaupun indeks nampak lesu, sebenarnya masih ada saham yang menunjukkan kekuatan luar biasa. Malah sedang mencipta paras tertinggi baru dalam sejarah. Dua saham ini ialah:

1. $SUNCON: Bila Pembinaan Mula Menjana Keuntungan

Sunway Construction Group Berhad (SUNCON) ialah anak syarikat kumpulan Sunway yang fokus kepada sektor pembinaan. Ia bukan nama asing dalam projek mega negara, termasuk MRT, RTS Link, dan pelbagai projek infrastruktur kerajaan dan swasta lain. Baru-baru ini, saham $SUNCON telah berjaya menembusi paras rintangan RM5.11 dan kini sedang bergerak kukuh pada RM5.41, satu paras yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Data setakat 23 Mei 2025

Jika anda lihat pada carta harga, pergerakannya sangat meyakinkan. Breakout berlaku dengan disertai volume tinggi, menunjukkan minat belian yang kuat dari pelabur institusi dan runcit. Harga juga kekal di atas garisan purata bergerak EMA20, petanda trend menaik masih sihat. $SUNCON juga memiliki asas fundamental yang stabil dengan unjuran pendapatan yang dijangka terus berkembang selari dengan pemulihan projek infrastruktur negara.

2. $PEKAT: Tenaga Hijau Yang Terus Bersinar

Berbeza pula dengan PEKAT Group Berhad ($PEKAT), yang sebuah syarikat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. PEKAT menyediakan perkhidmatan pemasangan sistem solar dan perlindungan kilat, dan menjadi antara pemain utama dalam industri yang kini semakin mendapat perhatian kerajaan dan pelabur.

Data setakat 23 Mei 2025

Saham $PEKAT mencatatkan lonjakan hebat apabila ia berjaya menembusi paras rintangan RM1.26 dan melonjak ke RM1.43,  sebelum melakukan sedikit pembetulan semula ke RM1.33. Walaupun ada retracement, pergerakan harga masih kekal sihat. Carta menunjukkan volume yang tinggi semasa breakout dan volume rendah ketika harga menyusut, satu corak yang menandakan kekuatan pembeli masih belum hilang.

Dengan hala tuju kerajaan yang menyokong agenda tenaga hijau dan peralihan kepada solar, PEKAT berada dalam posisi yang tepat untuk mengambil peluang ini dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang.

Jangan Hanya Lihat Indeks, Lihat Potensi

Apa yang berlaku kepada $SUNCON dan $PEKAT mengajar kita satu perkara penting,  jangan terlalu bergantung kepada indeks pasaran. Indeks hanyalah cerminan 30 kaunter utama, tetapi Bursa Malaysia ada lebih 1,000 saham yang mempunyai cerita dan potensi tersendiri. Dalam pasaran yang kelihatan lemau ini pun, ada saham yang sedang terbang tinggi.

Jika anda hanya duduk dan menunggu indeks pulih untuk mula melabur, anda mungkin terlepas banyak peluang. Pasaran tidak akan pernah menunggu sesiapa. Yang rajin mencari dan terus menambah ilmu akan terus ke hadapan, walaupun dalam suasana pasaran yang mencabar.

Kesimpulan: Peluang Itu Sentiasa Ada Untuk Yang Bersedia

Pelaburan bukan sekadar ikut orang atau tunggu masa sesuai. Ia tentang kefahaman, kesabaran dan tindakan berdasarkan ilmu. SUNCON dan PEKAT adalah dua contoh jelas bahawa keuntungan boleh dicipta walaupun ramai sedang merungut dan berundur. Jadi, jika anda benar-benar serius dalam dunia saham, teruskan belajar, teruskan menganalisis, dan jangan cepat mengalah. Kerana peluang itu memang sentiasa ada, cuma ia tidak akan muncul kepada mereka yang berhenti mencari.

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: All Time HighBursa MalaysiaFBM KLCI
Share366ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In