• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sime Darby Catat Untung Bersih, Pendapatan Dan Perolehan Lebih Rendah Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama Sime Darby Turun 12.3 Peratus Kepada RM207 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Bhd merosot kepada RM193.0 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2025 daripada RM340.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah daripada semua bahagian teras.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby berkata perolehan bagi suku tersebut juga menurun kepada RM16.31 bilion daripada RM18.84 bilion pada suku ketiga 2024.

Konglomerat itu berkata bahagian perindustrian mencatatkan keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) lebih rendah iaitu sebanyak RM221 juta bagi suku yang dinilai, terutamanya disebabkan oleh penurunan keuntungan daripada operasi bahagian itu di Australasia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam pada itu, menurut kenyataan berasingan, Sime Darby memberitahu bahagian permotoran mencatatkan PBIT yang berkurangan iaitu sebanyak RM114 juta dalam suku ketiga, terutamanya disebabkan oleh penurunan jualan kenderaan di kebanyakan pasaran serta persaingan yang semakin meningkat,

Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan, Sime Darby mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM1.30 bilion daripada RM3.22 bilion sebelumnya, meskipun mencatatkan peningkatan perolehan kepada RM52.30 bilion daripada RM48.34 bilion.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson berkata kumpulan terus berdepan cabaran luaran khususnya dalam bahagian permotoran di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Selain itu, katanya kumpulan turut berdepan dengan penguasaan yang semakin meningkat oleh jenama automotif China di pasaran.

Beliau juga berkata segmen pengguna kekal mencabar disebabkan oleh perang harga yang berterusan dan lebihan pengeluaran industri di China.

Sementara itu, bagi bahagian UMW, Toyota dan Perodua terus menunjukkan prestasi yang kukuh di Malaysia.

“Walaupun terjejas dengan pelarasan harga alat ganti berkaitan mata wang, prospek jangka panjang bagi bahagian perindustrian kami kekal positif berikutan permintaan perlombongan yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Jeffri Salim DavidsonKeputusanpermotoranSime Darbysuku ketigaUMW
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In