• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

in Asas Saham, Catalyst, Fundamental Analisis
A A
Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) sebanyak RM1.28 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 73%
  • Kadar hasil dividen 1% untuk FY25F

Perolehan 1Q25 yang dicatat oleh UEM Sunrise tidak mencapai anggaran, tetapi kami menjangkakan perolehan akan meningkat pada suku-suku akan datang apabila dipacu oleh lebih banyak pelancaran baharu, dan juga penjualan tanah dan aset-aset bukan teras. Meskipun pengebilan dan pelancaran berjalan dengan lebih perlahan, jumlah jualan 1Q25 mencecah RM370.6 juta, yang dilihat berkembang baik untuk mencapai sasaran pihak pengurusan sebanyak RM1.05 bilion sebelum akhir tahun. Ia juga telah mula melaksanakan kerja prasarana untuk komponen perindustriannya di Gerbang Nusajaya, dan patut dapat mula memasarkan produk taman perindustriannya selepas pewartaan akhir yang dijangkakan pada awal 2026.

  • Profil Syarikat

UEM Sunrise (sebelum ini dikenali sebagai UEM Land), sebuah syarikat di bawah Khazanah Nasional, sedang menjalankan pembangunan di Nusajaya Iskandar.

  • Keputusan 1Q25

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ menepati trend sebelum ini disebabkan oleh bulan bekerja yang lebih singkat dan kurangnya pelancaran semasa suku tersebut, selain sumbangan lebih rendah daripada usaha sama (JV) dan syarikat bersekutu. Inventori siap yang belum terjual terus susut kepada RM89.3 juta, daripada RM97.9 juta pada 4Q24. Paras hutang bersih syarikat ini masih kekal lebih kurang sama pada 0.41x (0.40x pada suku sebelumnya).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Momentum jualan 1Q25 masih kukuh

Jualan hartanah 1Q25 mencecah RM370.6 juta (wilayah tengah: RM201.2 juta, wilayah selatan: RM169.4 juta) berbanding RM489.1 juta pada 4Q24. Seperti yang dijangka, jualan diterima masuk dari 2H24, kerana projek-projek bernilai RM904 juta dilancarkan semasa tempoh tersebut.

Maka,tiada pelancaran baharu dibuat pada 1Q25. Kadar ambilan untuk Aspira Hills dan DiReka Square sekarang mencecah 85% dan 53%, dan patut terus meningkatmemandangkan kedua-dua projek telah habis ditempah. Sementara itu, jualan untuk projek-projeknya di Lembah Klang dilihat bertambah baik sedikit. The Minh, The Connaught One dan Residensi ZIG sekarang sudah terjual 84%, 58% dan 40%, daripada 76%, 52% dan 37% pada 4Q24.

  • Pelancaran-pelancaran dalam rancangan

Projek-projek baharu bernilai lebih kurang RM2 bilion akan dilancarkan mulai bulan Mei, termasuk projek Subiaco, Perth (GDV: RM1.6 bilion) pada 3Q25. Menurut pihak pengurusan, projek JV taman perindustrian dengan Guocoland yang berpangkalan di Singapura akan dimuktamadkan sebelum akhir Jun. Oleh itu, sementara menunggu pelan induk akhir dan pewartaan akhir pada awal 2026, UEMS sudahpun mula menjalankan kerja-kerja prasarana dan pengosongan tapak supaya pembangunan dan pemasaran dapat dimulakan sebaik sahaja kelulusan akhir diperoleh. Memandangkan statusnya sebagai pemaju premium di Singapura, kami percaya Guocoland dapat menjual projek perindustrian ini kepada kelompok pelanggan korporatnya yang sudah lama beroperasi di rantau Asia Timur.

  • Ramalan

Kami kekalkan ramalan perolehan kami untuk FY25-27. Jualan belum dibil tetap kukuh pada RM3.02 bilion, daripada RM3.04 bilion setakat 4Q24.

  • TP dikekalkan

TP kami diperoleh berdasarkan diskaun 40% pada RNAV dengan kiraan diskaun ESG 2% dikenakan kerana kami memberi markah ESG 2.9 daripada 4 kepada syarikat ini.

  • Faktor pemacu utama
    • i. Jualan hartanah baharu
    • ii. Kenaikan ketara dalam pelaburan langsung asing di Iskandar
    • iii. Pelancaran projek prasarana mega

  • Risiko utama
    • Kemerosotan yang tidak dijangka-jangka menimpa pasaran

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: UEM Sunrise : Merancakkan Pelancaran Mulai 2Q25 (23 Mei 2025)

Laporan Sebelumnya:UEM Sunrise : Penilaian Lebih Rendah Untuk Cerminkan Risiko Pasaran (7 Apr 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: UEM Sunrise : Ramping Up Launches From 2Q25 Onwards (23 Mei 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: 1Q2025Bursa MalaysiaFBM KLCIKeputusanQuarter ReportUEM Sunrise
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In