• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

in Catalyst
A A
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


LANGKAWI, 22 Mei (Bernama) — AirAsia memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta, termasuk pajakan pesawat khas sehingga 1 Ogos 2027, yang merangkumi penerbangan carter harian dan sewa khas meliputi laluan domestik di seluruh Malaysia.

AirAsia menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sempena pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 hari ini, berkata perkhidmatan tersebut menunjukkan komitmen AirAsia untuk memanfaatkan rangkaian domestiknya yang luas dan kekerapan tinggi penerbangan bagi menyediakan penyelesaian pengangkutan yang cekap untuk ATM.

“AirAsia akan memudahkan pergerakan anggota ATM menggunakan penerbangan komersil dari Isnin hingga Jumaat untuk perjalanan bertugas dan kebajikan seiring dengan jadual penerbangan komersil sedia ada AirAsia, memastikan integrasi yang lancar sambil mengekalkan keselesaan penumpang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selain itu, akan ada penerbangan sewa khas yang melibatkan penyewaan eksklusif pesawat khusus untuk kakitangan ATM sahaja tanpa bercampur dengan penumpang komersial,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata kerjasama ini mengesahkan komitmen AirAsia, sebagai syarikat penerbangan rakyat, untuk terus berkhidmat kepada negara dan menyokong inisiatif kerajaan.

Selain perjalanan udara, kontrak itu termasuk perkhidmatan komprehensif seperti makanan dalam penerbangan, pengendalian bagasi, dan sokongan logistik dari lapangan terbang ke kem tentera dan sebaliknya untuk memastikan keselesaan dan kelancaran pergerakan anggota ATM.

— BERNAMA

Tags: AirAsiaATMkorporatLIMA 2025penerbangan cartersewa khas
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In