• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

in Catalyst
A A
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — MY E.G. Services Bhd (MYEG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM181.64 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM155.95 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Perolehan hasil meningkat kepada RM299.99 juta daripada RM232.96 juta yang dicatat sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MYEG berkata peningkatan hasil itu disumbangkan oleh fi perkhidmatan aplikasi Web 3.0 di platform blockchain Zetrix (Zetrix) seperti ZTrade, ZCert dan pendaftaran pengenalan diri digital dan transaksi selain jualan token Zetrix.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Syarikat perkhidmatan digital itu berkata bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2025, inisiatif dalam Zetrix dijangka dapat memacu pertumbuhan organik.

“Inisiatif-inisiatif ini termasuk pengkomersialan perkhidmatan inovatif berikutan Zetrix semakin digunapakai secara meluas. Peluang bagi Zetrix akan terus dipertingkatkan menerusi pengoperasian Malaysia Blockchain Infrastructure dengan MIMOS Technology Solutions Sdn Bhd.

“Tambahan pula, keterangkuman Zetrix dengan platform blockchain kebangsaan China iaitu ‘Xing Huo’, akan memudahkan lagi perdagangan rentas sempadan selain menandakan penyertaan syarikat dalam pasaran global,” katanya.

MYEG berkata apabila teknologi kecerdasan buatan (AI) diguna secara berleluasa, syarikat itu menyasarkan untuk memanfaatkan elemen berkenaan bagi membangunkan AI yang berupaya mengoperasi serta melaksanakan tugasan tanpa pemantauan manusia.

“Menerusi pelancaran Makmal AI China-ASEAN, kami berhasrat memperkenalkan projek-projek AI yang relevan di bawah makmal kami untuk terus meningkatkan pertumbuhan kami dari tahun kewangan 2025 dan seterusnya,” katanya.

Tanpa mengambil kira faktor di luar jangka, MYEG kekal optimis namun berhati-hati bahawa prospek jangka panjang kekal positif dan seiring usahanya untuk terus memperkenalkan perkhidmatan inovatif di Malaysia dan  global.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, pengarah-pengarah MYEG telah mencadangkan dividen akhir pada 2.49 sen sesaham, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan pada 23 Jun, 2025.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ChinadividenMYEGprestasisuku pertamaZetrix
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In