BEIJING, 21 Mei (Reuters) – China memberi amaran bahawa ia mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau organisasi yang membantu atau melaksanakan langkah-langkah Amerika Syarikat (AS) yang menghalang penggunaan cip semikonduktor canggih dari China.
Amaran ini dikeluarkan susulan panduan terbaru yang diterbitkan oleh AS minggu lalu, yang menyatakan bahawa syarikat-syarikat boleh melanggar kawalan eksport sekiranya mereka menggunakan cip AI Ascend keluaran Huawei, sebuah syarikat berpangkalan di Shenzhen.
Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa individu atau organisasi yang terlibat dalam pelaksanaan langkah AS tersebut mungkin akan berdepan “liabiliti undang-undang yang bersesuaian”. Langkah yang dikenakan AS itu juga dikatakan sebagai “tindakan sekatan bersifat diskriminasi” terhadap syarikat-syarikat China.
China turut menggesa AS supaya mematuhi peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta menghormati hak setiap negara dalam membangunkan sains dan teknologi, menurut kenyataan jurucakap kementerian tersebut.
Laporan oleh Liz Lee dan bilik berita Shanghai; Suntingan oleh Christopher Cushing (REUTERS)
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street