• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.98 mata atau 0.51 peratus kepada 1,563.77 daripada 1,571.75 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 5.18 mata kepada 1,566.57.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran negatif dengan 267 kaunter rugi dan 92 kaunter untung manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,760 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 122.7 juta saham bernilai RM65.49 juta.  

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, institusi tempatan dilihat sebagai penjual bersih dan dijangka menyimpan keuntungan. 

“Berdasarkan tawaran awam permulaan (IPO) yang kurang menarik kebelakangan ini, kami berharap penyertaan pelabur runcit akan meningkat dalam pasaran sekunder dari semasa ke semasa.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,570 hingga 1,580 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Penurunan penarafan kredit AS yang terkini turut memberi tekanan kepada sentimen pasaran yang tidak stabil.

Pada Jumaat lepas, Moody’s Ratings menurunkan penarafan AS berikutan kebimbangan mengenai jumlah hutang negara itu yang kini mencecah US$36 trilion. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, IHH Healthcare dan CelcomDigi, masing-masing mendatar pada RM10.14, RM7.01 dan RM3.97 manakala Public Bank merosot dua sen kepada RM4.48, Tenaga Nasional berkurangan 16 sen kepada RM14.04 dan CIMB susut empat sen kepada RM7.14.

Dalam dagangan aktif, NexG naik setengah sen kepada 38 sen, Innature meningkat satu sen kepada 23.5 sen, Harvest Miracle dan Jiankun, masing-masing mendatar pada 18 sen dan 3.0 sen manakala SFP Tech merosot setengah sen kepada 25 sen dan Nationgate berkurangan dua sen kepada RM1.67.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 57.59 mata kepada 11,688.45, Indeks FBMT 100 merosot 57.72 mata kepada 11,434.98 dan Indeks FBM ACE susut 6.73 mata kepada 4,759.13.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 71.59 mata kepada 11,602.59 dan Indeks FBM 70 merosot 81.63 mata kepada 16,620.78. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 41.94 mata kepada 18,445.71, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.43 mata kepada 158.25, Indeks Tenaga susut 4.19 mata kepada 725.19 dan Indeks Perladangan menurun 50.90 mata kepada 7,334.69. 

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMoody’s RatingsRakuten Trade
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In