KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) saham Oasis Home Holding Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.55 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Mei depan.
“Sebahagian besar daripada hasil IPO kami akan digunakan untuk mengembangkan operasi kami terutamanya meningkatkan saluran perdagangan langsung dan meningkatkan infrastruktur operasi.
“Kami merancang untuk memperuntukkan RM13.7 juta (48.93 peratus daripada hasil diperoleh) untuk mengembangkan saluran jualan perdagangan langsung termasuk melancarkan sekurang-kurangnya lima saluran perdagangan langsung baharu dan mengembangkan pasukan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Teoh Yee Seang dalam satu kenyataan.
Selain itu, beliau berkata sebanyak RM3.6 juta (12.86 peratus daripada hasil diperoleh) akan digunakan bagi menubuhkan pusat pengedaran manakala RM2.0 juta (7.14 peratus daripada hasil diperoleh) pula akan digunakan untuk menubuhkan ibu pejabat baharu.
Beliau berkata IPO itu terdiri daripada 150 juta saham biasa termasuk terbitan awam 100 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 28 sen sesaham.
“Ini mewakili 20 peratus daripada saham terbitan diperbesarkan dengan jangkaan mengumpul kira-kira RM28.00 juta. Selain itu, terdapat tawaran untuk penjualan 50 juta saham sedia ada, mewakili 10 peratus daripada saham terbitan diperbesarkan disediakan menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
“Bagi 25 juta daripada 100 juta saham terbitan diiperuntukkan kepada rakyat Malaysia, Oasis Home Holding telah menerima sejumlah 2,216 permohonan untuk 38.67 juta saham terbitan dengan nilai kira-kira RM10.83 juta, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 1.55 kali,” kata syarikat itu.
Sebanyak 10 juta saham terbitan tersedia untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak telah dilanggan sepenuhnya.
Selepas penyenaraian, kumpulan itu akan mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM140 juta berdasarkan harga terbitan 28 sen sesaham dan saham terbitan diperbesarkan sebanyak 500 juta saham.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO tersebut.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




