Permulaan Mantap Untuk Tahun 2025
- Saranan BELI kekal
- Harga sasar (TP) (DCF) mencecah RM1.50 daripada RM1.34
- Potensi kenaikan harga saham 17%

- Profil Syarikat
Duopharma Biotech ialah syarikat farmaseutikal tempatan terbesar mengikut aspek jumlah jualan dan modal pasaran. Ia mengeluarkan produk vitamin C dan penyelesaian lain yang digunakan untuk merawat kencing manis, hepatitis C, barah, dan penyakit buah pinggang.
Duopharma Biotech mencatat untung teras berjumlah RM30.5j untuk 1Q25, yang merangkumi 37% dan 34% anggaran kami dan konsensus. Keputusan ini dilihat mengatasi jangkaan akibat lonjakan bekalan insulin dan prestasi jualan sektor awam yang semakin baik. Menuju ke hadapan, pertumbuhan Duopharma Biotech sepatutnya diperkukuh oleh peruntukan belanjawan lebih tinggi oleh Kerajaan untuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan permintaan pengguna yang berterusan untuk produk-produk farmaseutikal.

- Gambaran menyeluruh keputusan
Untung teras 1Q25 berkembang 71% YoY khususnya didorong oleh jualan kukuh kepada sektor awam selepas ditawarkan kontrak Senarai Pembelian Produk Yang Diluluskan atau APPL (dengan bilangan unit-unit simpanan stok atau SKU ditambah) dan lonjakan dalam bekalan insulin manusia, setelah masalah kekurangan bekalan industri berjaya diatasi secara beransur-ansur. GPM susut 3ppts YoY dan hal ini mungkin berlaku kerana sumbangan jualan tempatan semakin tinggi yang mencatat margin yang lebih rendah berbanding sektor swasta. Sungguhpun begitu, harga untuk bahan mentah utama (bahan farmaseutikal aktif (API) oleh Duopharma Biotech kembali normal dan menyebabkan margin bersih menaik 2.3ppts YoY kepada 11.6%.
- Kontrak insulin bakal diperbaharui
Kontrak sedia ada Duopharma Biotech untuk pembekalan dan pengagihan insulin manusia dijadualkan untuk pembaharuan pada akhir bulan April. Kami difahamkan bahawa pihak pengurusan sedang membuat rundingan kontrak dengan pihak KKM. Terdapat kebimbangan bahawa wujudnya pesaing baharu yang turut terlibat dalam usaha mendapatkan tender kontrak ini. Walaupun keputusan akhir mengenai tender ini masih belum diputuskan, kami percaya kemasukan pemain baharu bertepatan dengan cita-cita KKM untuk memastikan proses-proses pemerolehannya rencam. Sekiranya pihak kementerian memutuskan untuk membahagikan kontrak tersebut secara sama rata antara DBB dengan pesaingnya, kami menjangkakan kesan pada perolehan mungkin mencecah 5% berdasarkan perolehan terkini FY25F-26F dengan jangkaan margin bersih 10%.
- Prospek
Prospek Duopharma Biotech sepatutnya terus mengukuh selepas penerimaan surat tawaran baharu baru-baru ini oleh KKM untuk membekalkan produk-produk
farmaseutikal bawah kontrak APPL yang menambahkan bilangan produk kepada 100 (dengan anggaran gabungan nilai kontrak sebanyak MYR684j). Peruntukan belanjawan lebih tinggi kepada KKM yang seharusnya dapat menaikkan jualan Duopharma Biotech kepada sektor awam, bakal menjadi satu lagi faktor pendorong positif buat syarikat. Harga API yang kembali normal dan kelemahan nilai mata wang USD sepatutnya terus menyokong keberuntungan syarikat ini dalam masa terdekat.
- Anggaran perolehan
Kami naikkan perolehan 2025F-2026F sebanyak 14% dan 6% dengan mempertimbangkan kesan-kesan penurunan nilai mata wang USD dan jualan semakin tinggi kepada sektor awam. Margin bersih dijangka terus dalam lingkungan 10-11% pada tahun 2025 daripada 9% semasa tahun 2024. Kami tetap menyukai Duopharma Biotech kerana ia diperkukuh oleh kebolehlihatan perolehan lebih baik dan permintaan berterusan pengguna untuk produk-produk farmaseutikal. Berdasarkan TP RM1.50 baharu kami yang diraih melalui kaedah DCF, syarikat ini mencatat P/E hadapan 2025F sebanyak 15.5x, iaitu 0.6SD bawah purata 3 tahunnya sebanyak 17x.
- Faktor pemacu utama
- i. Kesedaran mengenai kesihatan semakin meningkat, lantas menambah permintaan untuk produk farmaseutikal;
- ii. Kilang baharunya beroperasi dengan lebih cekap
- Risiko utama
- Risiko negatif terhadap saranan kami melibatkan jumlah jualan lebih rendah daripada jangkaan dan nilai mata wang USD/MYR yang lebih kukuh
Penganalisis
Oong Chun Sung +603 2302 8126 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Duopharma Biotech : Permulaan Mantap Untuk Tahun 2025; Kekal BELI (16 Mei 2025)
Laporan Sebelumnya: Duopharma Biotech : Pengakhiran Baik Untuk Tahun 2024; Naik Taraf Kepada BELI (20 Feb 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Duopharma Biotech : Strong Start To 2025; Maintain BUY (16 Mei 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan
