KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Dialog Group Bhd (Dialog) bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 merosot kepada RM134.96 juta berbanding RM156.16 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lepas.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata perolehan menyusut kepada RM578.80 juta daripada RM702.19 juta sebelumnya.
“Prestasi pada suku semasa didorong oleh sumbangan daripada kedua-dua operasi di Malaysia dan antarabangsa, selain sebahagian keuntungan daripada usaha sama dan syarikat bersekutu kumpulan itu,” katanya.
Sementara di dalam Malaysia, Dialog berkata prestasi itu terutamanya didorong oleh operasi pertengahan dan huluan, dengan operasi pertengahan melaporkan keputusan yang lebih baik dengan peningkatan pendapatan daripada penghunian simpanan tangki yang lebih tinggi dan kadar tarif yang meningkat di terminal bebas, manakala operasi huluan terus menghasilkan volum pengeluaran yang kukuh daripada asetnya.
“Perolehan dan keuntungan yang disumbangkan kepada suku kewangan semasa, bagaimanapun merosot sedikit berbanding tempoh yang sama tahun lepas, susulan harga minyak direalisasikan yang lebih rendah,” katanya.
Di peringkat antarabangsa, Dialog berkata perolehan dan keuntungan yang dicapai dalam suku kewangan semasa adalah lebih rendah berbanding suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya berikutan pengurangan aktiviti perniagaan.
Manakala dalam makluman berasingan, Dialog mengumumkan pembayaran dividen tunai interim sebanyak 1.30 sen sesaham biasa yang dipegang dalam syarikat tersebut bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 yang akan dibayar pada 26 Jun, 2025.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




