• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan Rabu dengan meningkat seketika sebelum susut, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur ketika pelabur terus meneliti data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras itu susut 4.49 mata atau 0.28 peratus kepada 1,5577.90 daripada paras penutup 1,582.39, semalam.

Sewaktu dibuka, indeks itu menokok 0.84 mata kepada 1,583.23.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan sebanyak 183.35 juta saham bernilai RM106.84 juta.

Dalam pada itu, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 211 berbanding 178; 276 lain tidak berubah; 1,730 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berdasarkan sentimen berbeza dengan Nasdaq dan S&P 500 melonjak susulan cadangan pelaburan sebanyak US$600 bilion (US$1=RM4.30) oleh Arab Saudi di AS manakala Dow Jones tertekan akibat penurunan harga saham UnitedHealth sebanyak 18 peratus.

Beliau berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi April yang lebih rendah daripada jangkaan menyebabkan hasil Perbendaharaan10 tahun AS kekal pada 4.471 peratus.

Di peringkat tempatan, Thong berkata bursa dijangka menyaksikan aliran masuk dana asing ke pasaran selepas menarik diri sejak awal tahun.

“Kami percaya kenaikan trend ini akan dipacu oleh kembalinya dana ke ekuiti daripada bon selain aliran masuk dana asing ke dalam pasaran tempatan,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Tenaga Nasional meraih dua sen masing-masing pada RM10.22 dan RM14.36; Public Bank rugi satu sen kepada RM4.49, CIMB berkurangan sembilan sen kepada RM7.22 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.05.

Bagi saham aktif, Jiankun tidak berubah pada tiga sen, Nationgate naik empat sen kepada RM1.67, Innature menambah satu sen kepada 24 sen, NexG menokok 1.5 sen kepada 34 sen dan Notion meraih 2.5 sen kepada 72 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 18.54 mata kepada 11,778.36, Indeks FBMT 100 turun 25.92 mata kepada 11,534.73, dan Indeks FBM Emas Shariah turun 9.78 mata kepada 11,704.08.

Indeks FBM 70 pula susut 10.21 mata kepada 16,751.57 namun Indeks FBM ACE meningkat 4.04 mata kepada 4,729.12.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 36.57 mata kepada 18,539.35; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.51 mata kepada 158.06; Indeks Tenaga meningkat 1.58 mata kepada 722.73 dan Indeks Perladangan menokok 5.86 mata kepada 7,361.59.

— BERNAMA

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIinflasiRakuten TradeWall Street
Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In