• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Syarikat penyelesaian pembiayaan teknologi ICT Zone Asia Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM26.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena pemindahannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pemindahan ini dijadualkan pada 3 Jun 2025 dan akan melibatkan terbitan awam sebanyak 133 juta saham biasa baharu berharga 20 sen sesaham.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tommy Lim Kok Kwang berkata penyenaraian di Pasaran ACE akan memberi peluang kepada syarikat untuk mengembangkan perniagaan secara organik dengan menerima akses kepada pembiayaan daripada pasaran modal Malaysia.

Langkah ini juga akan meningkatkan kapasitinya untuk memenuhi permintaan pihak berkepentingan yang semakin meningkat, disokong oleh kebolehlihatan yang lebih baik dalam pasaran meluas.

“Daripada hasil sebanyak RM26.6 juta, RM21 juta (atau hampir 80 peratus) akan diperuntukkan untuk mengembangkan perniagaan pembiayaan teknologi kami.

“Sebanyak RM1.5 juta lagi akan diperuntukkan untuk usaha jualan dan pemasaran manakala lebihan dana akan menampung perbelanjaan berkaitan penyenaraian bagi pemindahan ke Pasaran ACE,” katanya pada pelancaran prospektus hari ini.

Syarikat itu juga berhasrat untuk memperkukuh kedudukan dan menumpukan untuk mencapai sasaran RM500 juta bagi tempahan belum dimasuk kira dalam tempoh tiga tahun.

ICT Zone Asia terus menunjukkan prestasi kukuh dengan mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM127.8 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM9.1 juta.

“Model perniagaan berdasarkan kontrak, kebolehlihatan hasil serta kecekapan operasi kumpulan menawarkan aliran tunai yang stabil dan boleh dijangka kepada pelabur.

“Ciri-ciri ini semakin relevan dalam landskap pasaran masa kini, dengan asas terlaras risiko dan pelaksanaan konsisten menjadi keutamaan,” kata syarikat.

IPO itu kini dibuka untuk permohonan dan akan ditutup pada 20 Mei 2025.

Malacca Securities Sdn Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin bersama dan ejen penempatan bersama untuk IPO.

SCS Global Advisory (M) Sdn Bhd adalah penasihat kewangan manakala Kenanga Investment Bank Bhd adalah penaja jamin bersama dan ejen penempatan bersama.

— BERNAMA

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Tags: ICT Zone AsiaIPOpasaran ACE
Share219ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In