fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Saham Kajian Hari Ini: UOA Development (9 Mei 2025)

in Saham
A A
Saham Kajian Hari Ini: UOA Development (9 Mei 2025)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Pengambil alihan Sulung Di Iskandar Malaysia

  • Saranan dinaik taraf kepada BELI daripada Neutral
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah RM1.93 daripada RM1.91
  • Potensi kenaikan harga saham 10%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 6%

Kami memandang baik akan usaha pengambilalihan tanah oleh UOA Development di bandaraya Johor Bahru (JB). Terkenal sebagai pemain yang teliti dalam pembangunan dan pemilihan tapak, keputusan pihak pengurusan untuk menerokai kawasan baharu di luar Lembah Klang buat pertama kalinya menunjukkan ia yakin dengan prospek pertumbuhan yang akan dikecapi oleh Iskandar Malaysia. Dengan mengambil kira kenaikan nilai projek baharu dalam anggaran RNAV kami, harga saham sekarang dijangka akan meningkat lebih tinggi. Oleh itu, kami bertindak menaikkan saranan kami.

  • Profil Syarikat

UOA Development ($UOADEV) ialah pemaju yang bertapak di Lembah Klang. Syarikat ini berpengkhususan dalam pembinaan projek komersial dan perumahan bertingkat tinggi. Pembangunan utamanya di Bangsar South telah menyaksikan urus niaga gabungan yang kukuh.

  • Projek baharu

Projek baharu berhampiran stesen Bukit Chagar di Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura. Baru-baru ini, UOAD mengumumkan bahawa ia telah memasuki usaha sama (JV) dengan pembahagian pegangan sebanyak 75:25 bersama pemilik tanah untuk sama-sama memajukan sebuah tanah berkeluasan 1.21 ekar di JB menjadi pangsapuri-pangsapuri perkhidmatan. Tanah ini diberikan nilai berjumlah RM62.44j, dan UOAD sepatutnya membiayai pengambilalihan ini menggunakan dana dalaman berikutan kedudukan tunai bersihnya yang kukuh.

  • Tanah berkedudukan strategik

Tanah tersebut sekarang merupakan sebuah tempat letak kenderaan yang terbiar kosong di hadapan Jalan Tun Abdul Razak yang hanya 1km jauh dari stesen RTS Bukit Chagar. Berdasarkan harga pengambil alihan tersebut, tanah berkenaan menelan kos sebanyak RM1,180 untuk setiap kaki persegi (kps). Walaupun nisbah petak tanah tersebut belum diketahui buat masa ini, dan urus-urus niaga tanah di sekitar stesen RTS tersebut rata-ratanya antara RM600-700 kps, projek pembangunan pelbagai guna bersepadu seluas 4.23 ekar oleh Sunway dinilai mencecah RM2,447 kps dengan nisbah tanah sebanyak 10-12x. Harga-harga tanah di bandaraya JB selalunya meningkat kerana kemajuan baik pembinaan laluan RTS yang akan selesai dibina menjelang akhir tahun 2026.

  • Projek pertama di luar Lembah Klang

Pihak pengurusan belum lagi menentukan ASP, GDV dan garis masa pelancaran untuk projek ini, tetapi kami menjangkakan pembangunan ini dapat mengaut GDV sekitar RM600-650j dengan ASP sebanyak RM1.4-1.5 ribu kps, yang menyamai harga jualan pasaran sekarang untuk pelancaran projek baharu.

Selain pembeli tempatan, kami percaya UOAD mungkin juga dapat menarik pembeli dari Singapura. Syarikat induknya UOA Ltd sekarang mempunyai sebuah pejabat di bandaraya tersebut yang boleh menempatkan ruang galeri jualan bagi tujuan pemasaran projek ini sebaik saja ia dilancarkan.

  • Margin dijangka lebih rendah sedikit daripada projek JB ini

Memandangkan ini akan menjadi projek sulung UOAD di kawasan baharu, kami berpendapat margin pembangunan ini mungkin lebih rendah sedikit jika dibandingkan dengan projek-projek sedia ada di Lembah Klang yang kos tanahnya jauh lebih murah. Sungguhpun begitu, kami optimis akan pendekatan pihak pengurusan untuk menerokai kawasan di luar Lembah Klang untuk memperluas kehadiran pasaran dan menaikkan jualan hartanahnya dalam jangka sederhana. Kami tidak membuat sebarang pindaan pada ramalan perolehan buat masa ini sementara menunggu bayangan pihak pengurusan berhubung jadual pelancaran berkenaan.

Diskaun ESG 2% dikenakan pada TP kami.

  • Faktor-faktor pemacu utama
    • Jualan hartanah baharu

  • Risiko-risiko utama
    • Keadaan pasaran lebih lemah/baik daripada jangkaan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: UOA Development : Maiden Exposure In Iskandar Malaysia; U/G To BUY (9 Mei 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIKeputusanUOA Development
Share199ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

17 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

20 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 day ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In