fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.93 mata kepada 1,546.67 daripada 1,542.74 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.25 mata kepada 1,544.99.

Berkaitan

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

Jumlah dagangan sebanyak 156.16 juta saham bernilai RM77.70 juta.

Suasana pasaran positif, dengan 202 kaunter untung mengatasi 133 kaunter rugi, 251 kaunter tidak berubah, 1,781 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, berdasarkan prestasi positif di Amerika Syarikat (AS), bursa tempatan dijangka meningkat semula berikutan indeks Kewangan Bursa meningkat 8.0 peratus sejak paras terendah pada 9 April, disokong oleh penurunan 100 mata asas dalam Keperluan Rizab Berkanun, yang menyuntik kira-kira RM19 bilion dalam bentuk mudah tunai dalam sistem perbankan.

“Peniaga dijangka mencari peluang dagangan dalam saham perbankan yang belum mencatatkan kenaikan seperti Alliance dan AmBank.

“Sementara itu, kami mendapati kecerdasan buatan (AI) kembali mendapat momentum berikutan potensi semakan semula terhadap akta sekatan cip oleh pentadbiran (Presiden AS sebelum ini) Biden.

“Ini boleh menjana minat dagangan dalam sektor pembinaan, utiliti dan teknologi,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM9.92, Public Bank dan CIMB, masing-masing meningkat 1.0 sen kepada RM4.46 dan RM6.88. Bagaimanapun, Tenaga Nasional merosot 2.0 sen kepada RM14.28 dan IHH Healthcare berkurangan 3.0 sen kepada RM6.98.

Dalam dagangan aktif, Sapura Energy dan Magma, masing-masing mendatar pada 4.5 sen dan 35.5 sen manakala Lotte Chemical menambah 7.0 sen kepada 61.5 sen dan SFP Tech naik setengah sen kepada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.47 mata kepada 11,520.28, Indeks FBMT 100 meningkat 28.95 mata kepada 11,285.98 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 23.37 mata kepada 11,456.70.

Indeks FBM 70 naik 43.04 mata kepada 16,309.07, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 14 mata kepada 4,646.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 47.67 mata kepada 18,102.56, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.67 mata kepada 153.68, Indeks Tenaga menambah 2.51 mata kepada 688.95 dan Indeks Perladangan menokok 12.89 mata kepada 7,213.92.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In