• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

in Catalyst
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Fibromat Buat Penampilan Sulung Kurang Berprestasi Di Pasaran ACE


KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Fibromat (M) Bhd membuat penampilan sulung yang kurang berprestasi di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah dari Pasaran LEAP.

Syarikat perkhidmatan geoteknikal itu dibuka pada 46 sen iaitu 16 peratus di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) iaitu pada 55 sen sesaham.

Fibromat merupakan syarikat yang pakar dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan dan perdagangan produk geosintetik serta kawalan hakisan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Eksekutifnya Wallace Ng Chun Hou berkata syarikat mungkin perlu memperkukuh lagi prestasinya bagi menarik keyakinan pelabur.

“Kami berkembang dari sebuah syarikat kecil sehingga menjadi penyedia penyelesaian geoteknikal yang lebih bersepadu dan hari ini, ramai pelanggan termasuk pemaju dan agensi kerajaan mempercayai kami.

“Tetapi dari perspektif pasaran modal, kami mengakui masih ada ruang untuk penambahbaikan. Kami perlu terus menyampaikan prestasi yang kukuh untuk membina keyakinan pelabur dari masa ke masa,” kata Ng pada sidang media sempena penyenaraian syarikat itu.

Fibromat merupakan syarikat penyenaraian terbaharu di Pasaran ACE yang kurang berprestasi dengan kesemua lapan penampilan sulung sejak Mac ditutup di bawah harga IPO mereka pada hari pertama penyenaraian.

Ng juga berpendapat prestasi pasaran syarikat yang lemah mungkin disebabkan oleh kesedaran awam yang terhad dan pemahaman mengenai nilai kerja khususnya.

“Apabila orang awam melihat kehijauan di sepanjang lebuh raya, mereka tidak tahu tentang kejuruteraan yang wujud di sebaliknya.

“Kami berbangga dengan sumbangan yang diberikan selama ini tetapi mengakui perlunya untuk meningkatkan kesedaran selain percaya ia akan membantu mencerminkan nilai syarikat dengan lebih baik dalam pasaran modal,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fibromat Ng Kian Boon berkata IPO itu berjaya mengumpul hasil sebanyak RM17.8 juta.

“Dengan RM17.8 juta yang dikumpul dari IPO, kami merancang untuk menggunakan kira-kira RM7.6 juta bagi membeli dua mesin jahitan penutup kawalan hakisan berasaskan rami serta empat pengumpul habuk dengan salurannya.

“Semua mesin baharu akan dipasang di kilang kami yang terletak di Rasa, Selangor untuk meningkatkan pengeluaran penutup kawalan hakisan kami,” katanya.

Beliau berkata syarikat juga merancang untuk meningkatkan keupayaan dalaman dengan menubuhkan pasukan pemasangan saliran menegak prefabrikasi (PVD) dan memperoleh lima jengkaut hidraulik.

PVD merupakan geosintetik yang dipasang di tanah lembut untuk meningkatkan kestabilan tanah.

Projek terkenal Fibromat termasuk Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, Lebuhraya Kedua Sarawak dan Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Syarikat itu juga sedang giat membida kontrak di bawah Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Jalan Penghubung Sarawak-Sabah.

–BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Bursa MalaysiaFibromatIPOPasarn ACE
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In