fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih MR D.I.Y. Naik Kepada RM174.15 Juta Pada Suku Pertama 2025

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd meningkat kepada RM174.15 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 daripada RM144.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan kumpulan pula naik sebanyak 10 peratus kepada RM1.26 bilion daripada RM1.14 bilion pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ini disokong oleh peluasan berterusan kumpulan merangkumi penambahan 173 kedai baharu.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

Sehubungan itu, jumlah keseluruhan kedai bertambah daripada 1,298 kepada 1,471 sekali gus mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 13.3 peratus.

“Pengembangan ini membawa kepada peningkatan jumlah pengunjung dengan jumlah urus niaga menokok sebanyak 9.1 peratus tahun ke tahun kepada 48.2 juta sepanjang suku tersebut serta peningkatan sebanyak 0.9 peratus tahun ke tahun dalam saiz bakul purata.

“Dimaklumkan, waktu perayaan iaitu Hari Raya lebih awal tahun ini yang jatuh pada Mac berbanding April. Ia turut menyumbang kepada jualan bermusim yang lebih kukuh,” kata peruncit kelengkapan rumah itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan juga mencatatkan sebanyak RM12.8 juta dalam pendapatan operasi lain terutamanya daripada yuran pengurusan, pendapatan faedah daripada deposit tetap jangka pendek serta pertambahan diskaun daripada deposit keselamatan dan utiliti ke atas sewa.

“Perbelanjaan pentadbiran dan operasi lain meningkat sebanyak 17.6 peratus dan 11.6 peratus tahun ke tahun, masing-masing kepada RM58.5 juta dan RM304.0 juta.

“Peningkatan itu mencerminkan kos kakitangan, utiliti serta susut nilai aset tetap dan aset hak penggunaan yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan kumpulan tersebut,” katanya.

Mengenai prospek, kumpulan kekal teguh dalam komitmennya untuk memberikan nilai jangka panjang yang mampan kepada pihak berkepentingan melalui pelaburan strategik dalam pertumbuhan dan teknologi.

Langkah ini untuk meningkatkan kecekapan operasi selain tumpuan berterusan terhadap pengoptimuman kos merentas semua operasi.

“Melangkah ke hadapan, kumpulan berada di landasan yang betul untuk melancarkan secara strategik 190 kedai baharu di seluruh jenama teras dan sub jenamanya pada 2025.

“Ini akan merangkumi konsep runcit yang inovatif dan tawaran produk yang diperluas, mengukuhkan kepimpinan pasaran kumpulan dan kedudukannya sebagai peruncit pilihan nilai untuk semua rakyat Malaysia,” kata MR D.I.Y.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Adrian Ong berkata kumpulan yakin dengan pertumbuhannya selain memacu kecekapan operasi dan menyampaikan nilai mampan jangka panjang kepada pemegang kepentingannya.

“Kami teruja dengan permulaan yang kukuh bagi tahun kewangan 2025 terutamanya di tengah ketidaktentuan yang berterusan.

“Peningkatan operasi kami membuahkan hasil dengan kemajuan yang bermakna dicerminkan dalam petunjuk kewangan utama. Dimaklumkan, daya pengeluaran di gudang automatik kami meningkat dengan ketara sejak pelancarannya pada Ogos 2024,” katanya.

Kumpulan turut mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak RM0.014 seunit saham biasa yang berjumlah kira-kira RM132.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 yang akan dibayar pada 8 Julai 2025.

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Adrian OngdividenKeputusankorporatMR D.I.Yperolehanuntung bersih
Share200ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Catalyst

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In