fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan peningkatan di Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.21 mata kepada 1,539.33 daripada 1,539.54 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.10 mata kepada 1,540.64.

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

Jumlah dagangan sebanyak 280.75 juta unit bernilai RM104.53 juta.

Suasana pasaran negatif, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 219 berbanding 142 manakala 300 kaunter kekal tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun sentimen keseluruhan di Bursa Malaysia mungkin mencatatkan trend menurun hari ini, ia menjangkakan peluang belian akan dilihat dalam saham perbankan kerana Indeks Kewangan meningkat sekitar 10 peratus daripada paras terendah pada 9 April lepas.

“Alliance Bank dan Ambank mungkin menjadi tumpuan kerana kedua-duanya telah ketinggalan berbanding saham perbankan lain walaupun hasil dividennya adalah munasabah,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sementara itu, susulan perolehan kontrak secara berterusan di Johor dan prospek untuk mengulangi kejayaan ini di Pulau Pinang, firma penyelidikan itu yakin terdapat peluang dagangan di ITMAX di sebalik trend menurun.

“Untuk pilihan lebih konservatif, kami kekal positif terhadap KPJ kerana syarikat itu mempunyai pendedahan minimum kepada risiko tarif Amerika Syarikat (AS) manakala pengurusan kukuh dan pelan pengembangan sepatutnya memberikan sokongan harga selanjutnya,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM10 dan RM7, Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.46, CIMB merosot 5.0 sen kepada RM7.03, bagaimanapun Tenaga Nasional naik 8.0 sen kepada RM13.88.

Bagi saham aktif, Permaju meningkat 0.5 sen kepada 3.5 sen, Ekovest menambah 1.0 sen kepada 34 sen, manakala Jiankun dan Velesto tidak berubah masing-masing pada 3.0 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 3.87 mata kepada 11,437.31, Indeks FBMT 100 susut 6.09 mata kepada 11,209.17, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 12.39 mata kepada 11,315.88, Indeks FBM 70 merosot 26.97 mata kepada 16,105.52 dan Indeks FBM ACE menguncup 14.19 mata kepada 4,610.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 37.74 mata kepada 18,238.43, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.15 mata kepada 151.64, Indeks Tenaga merosot 0.81 mata kepada 681.90, namun Indeks Perladangan meningkat 13.05 mata kepada 7,261.67.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share201ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In