fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

West River Naik Setengah Sen Berbanding Harga IPO Pada Penyenaraian Di Pasaran ACE

in Catalyst
A A
West River Lancar IPO, Sasar Raih RM27.9 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Mei – West River Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E), merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran menerusi pembinaan fasiliti baharu dalam tempoh tiga tahun sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan selepas penyenaraian awam permulaan (IPO).

Menurut Pengarah Urusan, Lim Yong Lai, pihak syarikat pada awalnya bercadang untuk membeli tanah, mendapatkan kelulusan berkaitan dan memulakan pembinaan. Namun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan untuk mempercepatkan proses itu dengan membeli kilang sedia ada bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

“Kita terbuka dengan kedua-dua pilihan – sama ada bina sendiri atau beli bangunan yang sudah siap. Semuanya bergantung kepada ketersediaan tanah dan bangunan yang sesuai di pasaran,” katanya semasa sidang media bersempena majlis penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia pagi ini.

West River memulakan dagangan di Pasaran ACE pada jam 9 pagi pada harga 39.5 sen sesaham, iaitu premium setengah sen berbanding harga IPO sebanyak 39 sen, dengan sejumlah 37.91 juta saham didagangkan.

Lim turut mendedahkan bahawa sekitar 80% hasil semasa syarikat disumbangkan oleh projek di Lembah Klang. Justeru, pihaknya kini menyasarkan untuk meluaskan kehadiran ke kawasan lain seperti Pulau Pinang, Johor dan Melaka dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami kini sedang jalankan dua projek di wilayah utara – satu di Langkawi dan satu lagi projek hotel di Pulau Pinang. Industri hospitaliti di sana sedang berkembang pesat dengan banyak pembangunan hotel baharu dalam perancangan,” katanya.

Di Johor pula, West River kini sedang menyertai beberapa projek berkaitan pusat data, sejajar dengan fokus syarikat terhadap segmen berimpak tinggi di wilayah selatan.

Secara keseluruhan, beliau memaklumkan kira-kira 13% daripada nilai buku tender syarikat ketika ini melibatkan projek pusat data, dengan anggaran jumlah mencecah RM1 bilion.

Mengenai dasar dividen, Lim berkata syarikat masih belum menetapkan sebarang polisi kerana syarikat masih berada dalam fasa pengembangan, dan sebahagian besar dana akan digunakan semula untuk pelaburan dan pertumbuhan.

Beliau turut menjelaskan bahawa dasar dividen mungkin akan diperkenalkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, bergantung kepada perkembangan syarikat.

— Sumber: BERNAMA

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

PRA-DAFTAR WEBINAR TRADE FCPO!!


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ACEBursa MalaysiaIPOpasaran ACEpenyenaraian pertamaWest River
Share201ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Catalyst

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In