fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.84 mata kepada 1,544.33 daripada 1,542.49 pada Jumaat lepas. 

Indeks petunjuk pasaran susut 0.71 mata kepada 1,541.78 pada sesi pembukaan. 

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Jumlah dagangan sebanyak 123.73 juta saham bernilai RM65.76 juta.

Suasana pasaran positif, dengan 233 kaunter untung mengatasi 90 kaunter rugi, 244 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur berasa lega dengan kembalinya belian asing, selepas mencatatkan aliran keluar yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak awal 2025.

Beliau berkata dengan bursa tempatan ditutup melebihi paras 1,540 minggu lepas, indeks petunjuk pasaran dijangka menguji semula paras 1,600 dalam masa terdekat. 

“Oleh itu, kami percaya indeks akan diniagakan dalam julat 1,540 hingga 1,555 hari ini. Ia juga perlu  diberi perhatian bahawa ringgit telah mengukuh kepada RM4.26 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh data senarai gaji bukan ladang yang lebih baik daripada jangkaan pada April, mengurangkan kebimbangan mengenai kemelesetan Amerika Syarikat (AS).

Kadar pengangguran kekal pada 4.2 peratus manakala hasil 10 tahun AS naik kepada 4.30 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) naik melebihi paras 22,500 berikutan sentimen didorong oleh optimisme mengenai potensi rundingan perdagangan antara China dan AS, selain pendapatan yang kukuh daripada syarikat gergasi teknologi seperti Xiaomi dan Alibaba.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik 5.0 sen kepada RM3.47, Sunway, QL Resources dan Telekom, masing-masing menambah 3.0 sen kepada RM4.82, RM4.83 dan RM6.92, YTL Power International meningkat 2.0 sen kepada RM3.45 dan YTL Corporation meningkat 1.0 sen kepada RM1.94. 

Dalam dagangan aktif, West River meningkat setengah sen kepada 39.5 sen, Sentoria mendatar pada setengah sen, Nationgate naik 5.0 sen kepada RM1.57, OCR berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen dan Jiankun menambah setengah sen kepada 3.0 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.80 mata kepada 11,518.18, Indeks FBMT 100 naik 25.02 mata kepada 11,282.26 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 33.43 mata kepada 11,423.78.

Indeks FBM 70 melonjak 82.25 mata kepada 16,356.79 dan Indeks FBM ACE naik 20.40 mata kepada 4,669.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 18.86 mata kepada 18,259.81, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.83 mata kepada 153.12, Indeks Tenaga menambah 1.35 mata kepada 696.32 dan Indeks Perladangan menokok 12.73 mata kepada 7,296.50.

— BERNAMA

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share198ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In