fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.94 mata kepada 1,535.28 daripada 1,540.22 pada Rabu.

Bursa ditutup pada Khamis sempena cuti Hari Pekerja.

Berkaitan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.80 mata kepada 1,537.42.

Suasana pasaran negatif dengan 129 kaunter rugi mengatasi 122 kaunter untung. Sejumlah 259 kaunter tidak berubah, 1,834 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, Wall Street meneruskan kenaikannya pada Khamis, disokong oleh prestasi suku tahunan yang kukuh daripada Microsoft dan Meta, mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap pertumbuhan yang dipacu oleh AI.

“Microsoft melonjak lebih tujuh peratus selepas memberikan panduan yang lebih kukuh untuk perkhidmatan awan manakala Meta meningkat lebih empat peratus selepas menaikkan unjuran perbelanjaan modal pada 2025 untuk menyokong pelaburan dalam AI.

“Bagaimanapun, niaga hadapan Wall Street diniagakan rendah berikutan pasaran menilai laporan pendapatan daripada Apple dan Amazon,” katanya.

Firma broker itu menjangka petunjuk pasaran tempatan terus disokong dalam masa terdekat, diperkukuh oleh aliran masuk dana asing selama enam hari berturut-turut.

Dari aspek ekonomi, peniaga menantikan data senarai gaji bukan ladang dan kadar pengangguran AS bagi April yang akan diumumkan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare dan Petronas Dagangan, masing-masing merosot dua sen kepada RM6.90 dan RM19.72 serta Press Metal Aluminium susut tiga sen kepada RM4.87. Hong Leong Financial Group dan Telekom Malaysia, masing-masing mendatar pada RM17.18 dan RM6.80.

Dalam dagangan aktif, KNM Group berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen manakala Jiakun International dan Reach Ten Holdings, masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 52 sen. Salutica menambah satu sen dan Eco World International meningkat empat sen kepada 25.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 25.26 mata kepada 11,382.52, Indeks FBMT 100 berkurangan 28.41 mata kepada 11,156.03 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 16.59 mata kepada 11,257.70.

Indeks FBM 70 jatuh 10.63 mata kepada 15,934.74 dan Indeks FBM ACE berkurangan 12.94 mata kepada 4,615.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 52.93 mata kepada 18,181.67, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.58 mata kepada 150.90, Indeks Tenaga menurun 3.72 mata kepada 684.42 dan Indeks Perladangan susut 4.59 mata kepada 7,252.83.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share200ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In