KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Keuntungan bersih syarikat jualan langsung berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan global, DXN Holdings Bhd (DXN) bagi tahun kewangan berakhir 28 Feb, 2025 (TK2025) meningkat kepada RM329.03 juta berbanding RM310.99 juta sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata perolehan meningkat 5.8 peratus kepada RM1.91 bilion daripada RM1.80 bilion sebelumnya, didorong oleh jualan yang kukuh di pasaran utama seperti Peru, Bolivia, Asia Barat dan Turkiye.
Ia turut disokong oleh usaha pemasaran mampan dan berkesan bagi memastikan ahlinya sentiasa terlibat secara aktif sepanjang tahun.
“Ketiadaan perbelanjaan berkaitan dengan penyenaraian yang ditanggung pada tahun sebelumnya juga menyumbang kepada margin yang lebih baik.
“Keuntungan ini sebahagiannya telah diimbangi oleh penyusutan dalam tukaran asing yang timbul daripada kenaikan nilai ringgit,” katanya.
Bagi suku keempat TK2025, keuntungan bersihnya meningkat kepada RM84.72 juta berbanding RM79.02 juta sebelumnya, manakala perolehan merosot kepada RM458.90 juta daripada RM470.64 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh kesan terjemahan tukaran asing yang tidak memberangsangkan apabila ringgit menambah nilai berbanding mata wang pasaran utamanya, walaupun jualan lebih tinggi dicatatkan.
Mengenai prospek, katanya, kumpulan itu menunjukkan prestasi lebih baik pada TK2025, mempamerkan pertumbuhan ketara dalam pasaran utama selain memasuki pasaran baharu seperti Brazil dan Argentina.
DXN berkata kejayaan dalam melancarkan produk inovatif menyerlahkan komitmen kumpulan itu untuk memenuhi permintaan pengguna dan sentiasa mendahului aliran pasaran.
“Langkah mengembangkan operasi ke pasaran luar negara dan memberi tumpuan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran secara global, membuktikan kumpulan itu bersedia untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengoptimuman kos.
“Dengan asas yang kukuh dan kedudukan strategik, kumpulan ini juga bersedia untuk berkembang dan mencatatkan kejayaan berterusan pada tahun fiskal 2026 akan datang,” katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DXN Datuk Lim Siow Jin berkata prestasi kukuh bukan sahaja mencerminkan momentum berterusan merentasi pasaran utama tetapi juga kemajuan menggalakkan hasil pengembangan ke pasaran baharu.
“Keputusan kami memasuki pasaran Brazil dan Argentina baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan, apabila jualan dan pengambilan ahli meningkat dengan ketara.
“Pasaran ini membuka peluang penting dalam wilayah Amerika Latin yang lebih luas.
“Kami berada dalam kedudukan yang baik untuk menguasai potensi ini dengan memanfaatkan rangkaian ahli dan kehadiran jenama yang kukuh di negara jiran seperti Mexico, Peru, Bolivia dan Colombia,” katanya.
Dalam pada itu, lembaga pengarah mengumumkan dividen interim keempat sebanyak satu sen sesaham biasa bagi TK2025 sebanyak RM49.72 juta yang akan dibayar pada 30 Mei, 2025.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!