Mengakhiri FY25 Dengan Kukuh
- Saranan BELI
- Harga sasar (TP) sebanyak RM0.88 dikekalkan
- Potensi kenaikan harga saham 75%
- Kadar hasil dividen sekitar 8% untuk FY26F (Feb)

Keputusan FY25 yang dicatat oleh DXN Holdings menepati jangkaan kami disebabkan oleh pertumbuhan kukuh dalam pasaran-pasaran utama dan peningkatan kecekapan yang jauh menutupi impak FX yang merugikan. Penilaian tampak sangat menarik apabila mempertimbangkan model perniagaannya yang berkesan, pengembangan ke pasaran Brazil sebagai faktor pemacu jangka sederhana, dan kunci kira-kira kukuh (tunai bersih FY25: RM517j atau 10.4 sen/saham) bagi membolehkan pembayaran dividen yang lumayan dibuat.
- Profil Syarikat
DXN terlibat dalam penjualan barangan pengguna berasaskan kesihatan dan kesejahteraan melalui model penjualan langsung. Kegiatan perniagaan lain termasuklah menjalankan perkhidmatan pengujian makmal untuk pihak ketiga, menawarkan produk gaya hidup sihat, dan mengurus kafe.

- Perolehan FY25
Perolehan FY25 dilihat mencapai jangkaan kami namun tersasar sedikit daripada ramalan konsensus. Untung bersih teras berjumlah RM329j (+2% YoY) merangkumi 100% ramalan setahun penuh kami tetapi hanya mencecah 97% ramalan konsensus. Selepas keputusan diumumkan, kami tidak membuat sebarang pindaan ketara pada perolehan FY26-27F, dan memperkenalkan perolehan FY28F (+12% YoY). TP kami yang diperoleh melalui kaedah DCF kekal pada RM0.88 (termasuk diskaun ESG 2%), iaitu P/E FY26F11x. Penilaian ini mencecahbawah purata sektor pengguna kerana DXN beroperasi dalam industri jualan langsung yang dikawal selia dengan ketat.

- Ulasan keputusan
Secara YoY, hasil FY25 menokok 6% kepada RM1.9bn, diperkukuh oleh pertumbuhan mantap dalam pasaran-pasaran utama iaitu Peru, Bolivia, rantau Timur Tengah, dan Turki. Hal ini disokong oleh usaha pemasaran yang berkesan dan pelancaran produk berkualiti bagi mendorong jumlah jualan oleh ahli-ahli. Sementara itu, tumpuan DXN pada peningkatan kecekapan pengeluaran dilihat membuahkan hasil, seperti yang terbukti oleh pertumbuhan untung sebelum cukai (PBT) FY25 yang stabil sebanyak 9% kepada RM523j, dengan pengembangan margin 0.8ppts kepada 27.4%.
Sebaliknya, hasil dan perolehan 4QFY25 masing-masing susut 6% dan 9% QoQ akibat terjejas oleh FX yang merugikan dan faktor bermusim. Dividen sesaham (DPS) FY25 mencecah 3.7 sen (FY24: 3.6 sen), iaitu nisbah bayaran 56%.
- Gambaran
Pertumbuhan perolehan DXN akan disokong oleh momentum pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran-pasaran besar. Strategi-strategi utamanya iaitu mengambil ahli-ahli baharu dan meningkatkan tahap pengeluaran akan terus membabitkan keterlibatan bersama ahli, dibantu oleh pelancaran produk berkualiti baharu. Sementara itu, pengembangan kapasiti baru-baru ini patut membantu menggarap permintaan yang semakin tinggi dan melancarkan kategori produk baharu bagi meluaskan pasaran boleh dicapai. Peningkatan dari aspek kecekapan, di samping penyelarasan harga tahunan, juga patut mengekalkan GPM pada paras tinggi sekitar 80%, meskipun kos input dan overhed menaik. Tambahan itu, kami menanti-nanti keputusan permulaan operasinya dalam pasaran Brazil yang memanfaatkan rangkaian sedia ada kukuh DXN di rantau Amerika Latin. Kami menjangkakan sumbangan perolehan yang besar daripada usaha niaga ini dalam tempoh 3-4 tahun.
- Faktor pemacu utama
- i. Usaha niaga dalam pasaran baharu
- ii. Pelancaran produk berinovasi
- iii. Pengembangan keupayaan operasi
- Risiko utama
- i. Pelan pengembangan berdepan kelewatan besar
- ii. Perubahan dari segi dasar tidak menguntungkan
- iii. Risiko negara
Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: DXN Holdings : Mengakhiri FY25 Dengan Kukuh; Kekal BELI (30 Apr 2025)
Laporan Sebelumnya: DXN Holdings : Lantunan Perolehan QoQ Yang Mendadak; Kekal BELI (28 Jan 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: DXN Holdings : Solid End To FY25; Stay BUY (30 Apr 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan
